JAKARTA, 8 FEB 2011: Nampaknya, ramai betul wanita yang mengimpikan untuk mengenakan gaun pengantin rekaan Vera Wang di hari perkahwinan mereka. Salah seorang daripadanya ialah penyanyi diva Indonesia, Kris Dayanti atau KD yang diramalkan akan berkahwin dengan kekasih hatinya, Raul Lemos tidak lama lagi.
Murai Batu dapat tahu di Jakarta sekarang ini tengah kecoh orang memperkatakan tentang hal ini. Khabarnya, KD memang dah lama teringin hendak memakai gaun pengantin ciptaan pereka fesyen antarabangsa tersebut. Sebab, baginya, dia mahu kelihatan cantik dan menarik pada hari bersejarahnya itu nanti.
Apapun gaun pengantin Vera Wang itu khabarnya akan digayakan oleh KD pada hari majlis resepsi perkahwinannya, sementara pada hari perkahwinan pula, KD akan mengenakan baju rekaan Anne Avantie.
Khabarnya, Anne Avantie sudah pun mengesahkan tentang penglibatannya terhadap majlis pernikahan KD. Malah, dia juga turut merancang untuk merekakan baju kebaya buat KD nanti. Menurut Anne Avantie, baju kebaya adalah baju yang paling sesuai dikenakan pada majlis pernikahan tersebut. Namun, konsepnya, ia masih belum dibincangkan.
Persoalannya, bilakah KD akan melangsungkan majlis pernikahan dan majlis resepsi perkahwinannya dengan Raul yang juga usahawan dari Timor Leste? Walaupun, KD masih berahsia tentang tarik tersebut, namun KD pernah memberitahu bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan setelah usianya genap 36 tahun pada 23 Mac 2011.
Jadi, adakah ini bermakna, majlis pernikahan dan majlis resepsi perkahwinan KD akan dilangsungkan selepas hari ulang tahun kelahirannya? Tunggu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan