Selasa, 15 Mac 2011

Pantang Larang Orang Dulu-dulu

Masyarakat moden sekarang mungkin dah tak berapa ingat dengan pantang - larang dan adab semasa makan.PDUM masih mengamalkan beberapa pantang larang contohnya tak boleh makan kepak ayam...kononnya nanti berjauhan dengan keluarga sendiri dan bergaduh sesama adik - beradik..

Hmmmm...mungkin ada benarnya.Tapi,kita tak boleh lah ambil pantang-larang ini dengan serius sebab,mungkin nenek moyang kita nak membiasakan diri dengan adab - adab sewaktu makan dan apa yang boleh dan tak boleh dimakan secara peringatan berkias.

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:



1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.


2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.


3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.


4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.


5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.


6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.


7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.


8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.


9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.


10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.


11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.


12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.


13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.


14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan