Jumaat, 18 Mac 2011

Gambar Tudung Datuk Siti Nurhaliza Tinggal 50% Tertutup

Bukanlah mahu jadikan isu, gambar ini pun sudah seminggu lama’nya. Tetapi M rasa kalau tudung sudah di’pakai sedemikian rupa, lebih baik di’buka terus kan? Bukan juga menggalakkan Siti Nurhaliza mendedahkan aurat, tapi aishh.. you all faham-faham lah sendiri.

Entah tinggal berapa lama lagi tudung itu akan melekat di kepala Siti Nurhaliza. Semoga satu hari nanti hati Siti Nurhaliza akan terbuka kembali untuk menutup keseluruhan rambut cantiknya. Yang nampak besar sekarang ialah rantai penghias leher Siti Nurhaliza.
 
 

Dato’ Siti Nuhaliza hadir di’ Quality Hotel City Center, Kuala Lumpur sempena majlis makan tengah hari Minggu Setiausaha. Antara aktiviti lain adalah promosi persembahan Dato’ Siti Nurhaliza dengan 10 buah lagu ini pada 22 April ini manakala penyanyi Indonesia Kris Dayanti pada 21 April di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi tumpuan adalah fesyen terbaru Dato’ Siti Nurhaliza memakai tudung, gaya’nya seperti memakai anak tudung. Namun, ada umat di’luar sana yang membandingkan’nya dengan pemakaian shower cap. Shower cap pun shower cap’lah Siti, janji anda terus sukses dalam aktiviti seni tanah air. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan