Kerajaan Iran terpaksa menghentikan perlaksanaan hukuman rejam menggunakan batu terhadap seorang wanita Iran Sakineh Mohammadi Ashtiani yang mempunyai suami dan didapati bersalah berzina dengan lelaki lain akibat dari tekanan pelbagai golongan, gerakan serta kerajaan luar yang mengatakan hukuman tersebut sebagai ketinggalan, kejam dan tidak bertamadun.
Lihatlah bagaimana dunia moden kini mentafsirkan hukuman yang mana sesuai dan yang mana tidak sesuai yang patut dikenakan terhadap manusia yang didapati bersalah. Ini menjadi satu cabaran besar yang perlu difikirkan bersungguh-sungguh kepada mereka yang mahu mengamalkan undang-undang serta hukuman Islam.
Dunia moden seluruh mukabumi memandang hukuman bunuh dengan membaling batu kepada seorang wanita yang ditanam separuh badannya kedalam tanah dan orang ramai merejamkan batu kearah wanita tersebut sehingga mati sebagai sesuatu yang kejam, ganas dan tidak bertamadun.
Seluruh dunia bangun merayu kepada kerajaan Iran dengan bersungguh-sungguh sehingga kerajaan Iran terpaksa akur dan tunduk lalu membatalkan hukuman tersebut.

Nota Kaki: Bagaimana jika Malaysia suatu masa nanti jika mengamalkan hukum hudud? Kita baru berdepan dengan tekanan serta halangan dalam negara sendiri untuk melaksanakan undang-undang Islam, itupun sudah rebah dan masih tidak berjaya sejak 21 tahun dulu. Sebagai contoh di Kelantan.
Bagaimana nanti jika kita sudah berjaya mengatasi cabaran dalam negara, dan perlu menghadapi cabaran serta tekanan dari seluruh dunia luar pula? Semoga nanti organisasi dan para pemimpin Islam kita lebih kukuh dan lebih hebat dari para pemimpin Iran. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan