Semalam, kontena yang dikhuatiri berisi dengan alat yang mampu membuat senjata pemusnah telah ditahan di Pelabuhan Klang.
Dikhabarkan bahawa kontena-kontena tersebut berasal dari China dan menjadikan Iran sebagai destinasi terakhir. Ianya ditahan selepas menggunakan Malaysia sebagai transit kontena tersebut sebelum ianya dihantar ke Iran.
Berikut di bawah adalah kenyataan akhbar mengani berita tersebut.
KUALA LUMPUR 17 Mac – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengesahkan bahawa pihak keselamatan negara menahan lebih daripada satu kontena yang dipercayai membawa senjata pemusnah di Pelabuhan Klang. – Utusan
Pihak Polis berjaya merampas kontena terbabit atas maklumat yang diberikan semasa kontena tersebut berada ni Pelabuhan Klang.Kejadian ini adalah kali ke-2 selepas insiden yang sama berlaku melibatkan Malaysia pada tahun 2004 kes Abdul Khadeer Khan di mana warganegara Sri Lanka, BSA Tahir ditahan di bawah Internal Security Act ataupun ISA kerana keterlibatannya dalam menjual perlatan yang mampu digunakan untuk membuat bom nuklear.
Walaubagaimanapun, Tahir telah dibebaskan.
Kapal yang membawa perlatan yang mampu menjadi senjata pemusnah ini bagaimanapun, telah dibenarkan belayar semula selepas krew dan kapten di soal siasat.
Kami merasa bangga dengan kemampuan Polis negara kita yang mampu menyelesaikan tugas mereka dengan baik serta dapat menghalang kontena tersebut dari dihantar ke destinasi yang dituju.
PELABUHAN KLANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata Bukit Aman masih menunggu laporan Lembaga Perlesenan Atom Malaysia bagi mengenalpasti sama ada peralatan ditemui dalam dua kontena minggu lalu boleh digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear.
Ismail berkata, peralatan yang ditemui dalam dua kontena itu kelihatan seperti dandang dan polis meminta bantuan agensi yang mempunyai kepakaran untuk menentukan apa sebenarnya peralatan yang ditemui.
“Kita tidak tahu apa peralatan itu sebenarnya. Kita sedang bekerjasama dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan kita sedang menunggu laporan daripada agensi berkenaan.
“Kita percaya ia adalah dandang dan kita tidak tahu untuk apa dandang itu. Polis sedang menyiasat perkara ini mengikut Akta Perdagangan Strategik,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengesahkan pihak berkuasa menahan kontena mengandungi pelbagai komponen itu.
Hishammuddin berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan agensi antarabangsa bagi mengenal pasti kegunaan sebenar komponen yang dirampas itu.
Ketangkasan pihak Polis kali ini dalam merampas alat yang dikhuatiri mampu membuat senjata pemusnah terbabit wajar dipuji.
Mana tahu sekiranya ia bakal digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dalam percubaan untuk mewujudkan keadaan huru-hara di dunia ini?
Senjata pemusnah ini tidak boleh dipandang enteng. Jadi wajarlah pihak Polis mendapat “pujian” .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan