Isnin, 17 Februari 2014

Permohonan Program MYLesen JPJ Bantuan Lesen Motosikal


Permohonan daftar program MyLesen JPJ Bantuan Lesen Motosikal pada harga serendah RM198. Program MyLesen akan dilaksanakan oleh pihak JPJ mulai 1 April 2014 melibatkan seluruh pusat memandu di seluruh negeri. Antara objektif utama MyLesen adalah untuk membantu golongan muda dan kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen motosikal.
Syarat Kelayakan MyLesen
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 Tahun dan keatas
  • Tidak pernah memiliki lesen motosikal (Kelas B2)
Kadar Bayaran Program MyLesen
RM198 ( Kelas B2)
Tarikh Pelancaran MyLesen
1 April 2014
Borang Daftar MyLesen
Borang pendaftaran program MyLesen boleh dibuat di sekolah memandu yang berdaftar dengan pihak JPJ 

KREDIT TO:http://terengganutoday.com/

Guru Terima Ugutan Rogol Dari Murid Darjah 3

Seorang guru di Kedah dilaporkan menerima ugutan rogol dari murid lelaki yang berada di Darjah 3.
Budak hingusan itu membuat panggilan ke telefon bimbit gurunya berusia 29 tahun itu sebelum menghantar pesanan ringkas mahu merogolnya.
Guru wanita berkenaan menetap di Alor Gajah dan mengajar di SK Lanai, Kedah.
Budak hingusan tersebut bertindak sedemikian kerana mempertikaikan mengapa rakannya tidak dilantik menjadi ketua kelas.
Guru berkenaan kini trauma.
Seorang guru di Kedah mendakwa menerima ugutan rogol daripada seorang murid Tahun Tiga.
Murid lelaki dari SK Lanai menghubungi guru wanita itu dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi: “Cikgu, tunggu saya akan rogol anda, tidak lama lagi.”
Rakan kepada guru tersebut yang menghubungi pejabat The Star di sini berkata, ugutan dari murid tersebut amat mengejutkan sekolah di Kupang yang terletak kira-kira 6km dari bandar Baling dan seluruh negeri itu.
“Dia (guru) trauma kerana anak muridnya berani membuat ugutan seperti itu,” kata rakan mangsa, guru berusia 29 tahun dari Alor Gajah di sini yang kini mengajar di sekolah terbabit.
Murid lelaki itu didakwa bertindak mengancam guru tersebut kerana ingin mempertahankan seorang rakannya yang tidak dilantik sebagai ketua kelas.
Guru berusia 39 tahun itu berada di rumahnya di Bandar Putri Jaya, Sungai Petani, ketika menerima ugutan tersebut kira-kira pukul 10.30 malam, 13 Februari lalu.
Beliau yang dalam keadaan ketakutan meminta suaminya untuk memeriksa siapa yang menghubunginya dan mendapati panggilan itu dibuat oleh seorang kanak-kanak lelaki.
Suaminya turut menghubungi nombor tersebut semula dengan menggunakan telefon awam dan seorang lelaki dipercayai berusia sekitar 30-an menjawab panggilan itu.
Lelaki itu kemudiannya mengaku anak saudaranya telah menggunakan telefon bimbit miliknya.
Dia turut memberitahu akan menghukum kanak-kanak lelaki itu dan melaporkan perkara tersebut kepada ibu bapanya.
Guru itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis Kuala Muda pada 14 Februari lalu.
Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai kanan polis.
Ketika dihubungi, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pembantu kanan di sekolah rendah itu berkata, mereka telah meminta ibu bapa kanak-kanak lelaki itu datang ke sekolah tersebut hari ini (Isnin).
“Kita ingin mengenal pasti apa yang mendorong kanak-kanak itu untuk membuat ancaman tersebut kepada gurunya dan sama ada kanak-kanak itu memerlukan bantuan psikiatri,” katanya.
Kanak-kanak lelaki itu turut diberitahu tidak hadir ke sekolah pada Ahad.
KREDIT TO:-mstar

Mayat ADO Pejabat Tanah Kuala Terengganu Ditemui Terapung


Misteri kehilangan Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pejabat Tanah Kuala Terengganu sejak Jumaat lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui terapung dalam Sungai Kampung Tajin di Hulu Terengganu.
Sejak hilang, Wan Hariff Rafany Wan Muda, 35, dikatakan tidak menghubungi keluarganya menyebabkan keluarganya membuat laporan polis.
Polis sebelum ini menemui kereta Audi milik mangsa yang ditinggalkan berhampiran Loji Air Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd di sini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Berang untuk bedah siasat. Punca kematian masih dalam siasatan.
KREDIT TO: http://terengganutoday.com/

Ahad, 12 Januari 2014

Kakak Shiela Majid Sudah 12 Tahun Tak Lakukan Hubungan Kelamin

Bekas menantu Ketua Menteri Sarawak, Shahnaz A Majid memberitahu mahkamah, dia tidak tahu suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib bernikah dengan wanita Australia semasa majlis perkahwinan adik iparnya.
Shahnaz, 51, berkata, dia terkedu apabila melihat Mahmud membawa wanita yang dikenali sebagai Louise Aida Hiley ke majlis itu di Wisma Mahmud, di Kuching, Sarawak sekitar tahun 1999.
“Saya tak pernah tanya sama ada mereka sudah bernikah ataupun belum. Saya hanya anggap mereka sudah berkahwin kerana sudah ada anak, beberapa tahun lalu,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan peguam Saadiah Din yang mewakili Mahmud Abu Bekir semasa perbicaraan kes tuntutan mutaah di mahkamah tinggi syariah di sini, semalam.
Menurut Shahnaz, dia juga tidak tahu anaknya, Raden Murya ada menemui wanita itu di Singapura beberapa tahun lalu walaupun ketika itu dia ada bersama anaknya.
Menjawab soalan Saadiah, Shahnaz berkata, dia dan bekas suaminya itu tidak tinggal bersama dan tidak berhubungan kelamin sejak tahun 2000.
Bagaimanapun, Shahnaz berkata, Mahmud ada memberi nafkah zahir setiap bulan selepas dia berpindah ke kediaman miliknya di Damansara walaupun tidak tinggal bersama.
“Dia (Mahmud) ada datang ke rumah meluangkan masa dengan anak menonton televisyen, atau menjemput anak keluar sama,” katanya.
Kata Shahnaz, dia menerima nafkah zahir sebanyak RM7,000 sebulan sejak 2001 hingga 2006, pada tahun 2007 dia menerima nafkah sebanyak RM10,000 setiap bulan, dan sejak tahun 2008 hingga 2011, nafkah bulanannya dinaikkan kepada RM12,000.
“Namun selepas Mei 2008 hingga kini, saya dan anak kami tidak menerima satu sen pun,” katanya.
Shahnaz akui menggunakan tiga kenderaan yang diberikan syarikat dan memegang jawatan di beberapa buah syarikat semasa masih bergelar isteri Mahmud.
Mahkamah turut dimaklumkan, dia mempunyai pegangan saham di beberapa buah syarikat milik bekas suaminya itu

Khamis, 9 Januari 2014

Kemaraan Rakyat Tidak Mampu Lagi Dihalang Kerajaan BN

Biar pun lebih setahun gelombang kebangkitan rakyat memuncak, namun belum nampak tanda-tanda ia kembali reda. Sebaliknya momentum itu terus membengkak.

Perhimpunan di jalan raya tidak pernah surut biar pun berdepan dengan ugutan dan tangkapan oleh polis.

Bermula dengan himpunan Bersih, Hindraf dan semalam Mansuhkan ISA tetap mendapat sambutan biar pun risikonya tinggi.

Secara jelas pemerhati politik melihat rakyat semakin berani meluahkan rasa tidak puas hati mereka biar pun terpaksa berdepan dengan tangkapan polis.

Petang semalam sekali lagi puluhan ribu rakyat prihatin tidak patah semangat turun berdemontrasi di jalan raya menuntut dimansuhkan ISA, sebuah akta yang dianggap tidak bertamadun.

Sehingga jam 11 malam tadi polis Kuala Lumpur dilaporkan memberitahu seramai 589 peserta demontrasi aman termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap di bawah Akta Polis 1967.

Turut ditahan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar sekolah menengah.

Pengerusi KeADILan Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) kini benar-benar terdesak apabila terpaksa memperalatkan pasukan polis bagi mengekang kebangkitan rakyat.

Bekas guru, Wan Yusof Wan Mustafa berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi menghalang kemaraan rakyat biar pun digunakan begitu ramai anggota polis dan semburan gas pemedih mata.

"Teknik terdesak Umno menakutkan rakyat bagi menghalang kebangkitan mereka dengan menahan begitu ramai peserta demontrasi membangkitkan lagi kemarahan masyarakat.

"Rakyat makin bertambah faham dan berani menegak keadilan walaupun diancam dengan penahanan. Umno tiada pilihan lagi melainkan memansuhkan ISA," katanya di sini.

Beliau yang juga Adun Gual Ipoh berkata, memperlambatkan pemansuhan ISA akan mempercepatkan lagi proses kejatuhan kerajaan BN.

Katanya juga apa yang berlaku semalam polis seakan-akan menyediakan Umno tempat jatuh yang lebih tinggi sehingga tidak mampu bangkit lagi.

"Ini kerana perlembagaan tidak pernah menghalang perhimpunan secara aman, manakala tugas polis sepatutnya membantu melancarkan perarakan dan bukannya membuat provokasi dengan menembak gas pemedih mata dan water canon.

"Tanpa menahan rakyat yang berhimpun dan provokasi lain perarakan menyerah memorandum pastinya akan berjalan lancar," ujarnya.

Seorang pegawai pencen yang enggan dikenali berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi menyekat kebangkitan rakyat biar pun terpaksa menggunakan ramai anggota keselamatan.

SAMM Sokong Himpunan Pensil Merah


Kenyataan Umum
3 Januari 2014

SAMM Sokong Himpunan Pensil Merah 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyokong himpunan 'Pensil Merah' yang dianjurkan oleh sekumpulan wartawan yang menuntut kebebasan media dan membantah penggantungan sebuah akhbar.

Himpunan yang berlangsung esok jam 2 petang di depan bangunan Majlis Peguam (kawasan lapang depan jam besar), adalah bertepatan ekoran penggantungan akhbar The Heat hanya kerana akhbar tersebut melaporkan pemborosan keluarga Perdana Menteri. 

Penggantungan akhbar The Heat melambangkan satu penindasan terhadap warga media dan ia menutup ruang kepada media lain untuk menyampaikan kebenaran. Jika The Heat digantung, tidak mustahil akhbar atau portal berita lain turut mengalami nasib yang sama. Seharusnya, jika laporan mana-mana akhbar didapati tidak benar maka kerajaan mahupun keluarga Perdana Menteri mempunyai saluran yang luas untuk failkan saman.

SAMM juga mempersoalkan di manakah transformasi Najib dalam soal keterbukaan yang dicanang selama ini? Apakah ia sudah basi setelah berjaya mengekalkan kuasa pada pilihanraya umum yang lalu? Apakah keputusan KDN ini yang dipimpin oleh Zahid Hamidi dengan sengaja memburukkan reputasi Najib Razak?

Justeru itu, SAMM menggesa semua pengamal media, termasuk blogger dan pemain media sosial wajib mengambil bahagian dalam himpunan protes Pensil Merah. Ini kerana, semuanya terdedah dengan hukuman yang bersifat kuku besi.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Rakyat Perlu Bayar Ribuan Ringgit Untuk Fahami GST

Kenyataan Media
7 Januari 2014

Rakyat Perlu Bayar Ribuan Ringgit Untuk Fahami GST


Kenyataan balas kepada kenyataan Pengarah Bahagian Cukai Dalam Negeri Jabatan Kastam dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menyedari bahawa sistem percukaian adalah merupakan instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara untuk menjana hasil atau pendapatan. Cukai yang dipungut ini dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan Negara, rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur untuk membangunkan ekonomi, dan pelbagai lagi, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak terburu-buru membuat kenyataan rasmi tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

SAMM, sebuah gerakan anak muda yang mempunyai jaringan anggota di seluruh Malaysia telah membuat ketetapan untuk menubuhkan Sekretariat GST dengan objektif utama menjalin kerjasama dengan agensi-agensi perlaksana GST. Antaranya ialah Kementerian Kewangan, Kastam DiRaja Malaysia dan Malaysia Industrial Development Authority (MIDA), maka sebuah bengkel latihan dan pemahaman GST akan diadakan pada 18 Januari ini menjemput kedua-dua agensi ini menyampaikan kefahaman yang proaktif bagi mengelakkan kekeliruan rakyat kelak.

Sekretariat GST SAMM telahpun mengambil inisiatif dengan menghubungi pihak-pihak agensi kerajaan iaitu melalui surat yang diemelkan kepada MIDA bertarikh 26 November 2013,  surat permohonan (no rujukan SAMM-20131203-GST-01) bertarikh 3 Disember 2013 kepada Pejabat Perlaksanaan GST, Kementerian Kewangan dan melalui sistem dalam talian permohonan seminar GST Kastam DiRaja Malaysia (No. Rujukan RQ-027660).

Namun, MIDA telah menolak permohonan tersebut manakala MOF dan KDRM masih membisu sehingga hari ini. Persoalan yang ingin diutarakan adalah mengapa agensi-agensi perlaksana ini tidak mahu membuka ruang kepada kumpulan-kumpulan anak muda non-partisan seperti SAMM untuk mendapat peluang mendengar penjelasan mereka, memahami kaedah percukaian GST, membuat penilaian dan berkongsi idea mengenai rejim percukaian ini? Ditolak dengan pilihan tarikh lain dan ditolah mentah-mentah adalah dua perkara berbeza.

Setelah meneliti kenyataan dari MOF yang menyeru pihak yang ingin bekerjasama dalam memahami GST serta peruntukkan bernilai RM 100juta disediakan bagi memenuhi maksud latihan GST, maka SAMM ingin penjelasan dari MOF mengapakah permohonan bengkel GST tidak mendapat sebarang jawapan walaupun telah sebulan permohonan ini dihantar. Mengapa pihak agensi-agensi perlaksana ini tidak mahu untuk bekerjasama dengan SAMM? Satu ketika kamu pinta SAMM untuk mengikut saluran, satu ketika lagi kamu tutup semua pintu-pintu saluran yang ada.

Sekretariat GST SAMM juga tidak mahu terperangkap dalam permainan polemik politik berhubung perlaksanaan cukai GST kerana itulah SAMM memilih untuk mendengar dulu penerangan kaedah perlaksanaan GST daripada agensi terbabit sebelum satu pandangan atau komen rasmi dapat dikeluarkan. SAMM amat berharap agar agensi-agensi perlaksana GST ini juga tidak terperangkap dengan aksi politik semata-mata sebaliknya meraikan segenap lapisan masyarakat untuk mendapat penjelasan penuh dan menyumbang sedikit pandangan berhubung perlaksanaan GST.

Sekretariat GST SAMM turut menerima sesalinan emel daripada sebuah badan latihan yang mengenakan yuran bengkel GST sebanyak RM 1200 kepada setiap peserta sedangkan pihak Kementerian Kewangan menyediakan peruntukkan sebanyak RM 100juta bagi tujuan latihan dan pemahaman GST.

Akhirnya di sebalik segala polemik mengenai GST, terdapat pihak-pihak mengambil peluang mengenakan yuran yang mahal dan mengaut keuntungan dan berkemungkinan meningkat perbelanjaan latihan kepada syarikat-syarikat pemain industri yang mana mungkin segala perbelanjaan dan kos ini akan dipulangkan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Seharusnya, kerajaan meraikan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyediakan platform latihan GST bukannya membiarkan syarikat swasta membuat latihan dengan yuran yang mahal.

Mohd Faizal Ab. Rahman
Sekretariat GST/TPPA

Penyelaras SAMM Kebangsaan