Isnin, 25 Februari 2013

Kesan Dan Akibat Minum Air Daun Ketum


KESAN MINUM AIR KETUM ATAU AIR BIAKBernama melaporkan air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi “mitraginin” yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.
“Ini bermakna nanti, kerajaan bakal menguatkuasa undang-undang meminum air daun ketum sama seperti penyalahgunaan dadah dan menjual air daun ketum sama seperti mengedar dadah,” katanya lagi.
Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana kandungan mitragininnya.
Mitraginin disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun Ordinan Racun 1952 Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989, dengan itu pokok ketum diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Sebelum ini, daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, selain rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang.
Bagaimanapun air rebusan daun ketum disalahgunakan dan dijual secara meluas kepada pengguna biasa terutama di kalangan remaja.
Pokok ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.
Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom manakala di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom dan nama botaninya Mitragyna speciosa korth. BERNAMA
Untuk makluman semua, Nama lain bagi pokok ini adalah Kratom, Kakuam, Ithang, Biakatau Thom.
KESAN DAN BAHAYA JIKA MINUM BERLEBIHAN SETIAP HARI
Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
  1.     susut berat badan
  2.     insomnia
  3.     anoreksia
  4.     bibir menjadi kering
  5.     sembelit atau kesukaran membuang air besar.
  6.     kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya
Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)
  1.     Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
  2.     sengal-sengal sendi
  3.     mudah marah
Kesan Mengikut Tahap Dos
• Alkaloid aktif memberi kedua-dua kesan stimulan dan sedatif
• Dos rendah (1-5 gram daun kering) sehingga dos sederhana (dua kali ganda dos rendah) memberi kesan stimulan pada reseptor delta opiod
• Dos tinggi (10-30 helai daun atau lebih sehari) memberi kesan sedatif pada reseptor mu
Kesan Sampingan Mitragynine
Kesan Dos Rendah
• Menghalang motivasi
• Ketiadaan minat
• Bosan
• Malas
Kesan Pada Tahap Stimulan (Dos Sederhana)
• Ransangan
• Peningkatan tenaga fizikal dan batin
• Mungkin meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau
• Kerja yang membosankan
• Suka bercakap, ramah, suka bergaul
• Mudah runsing
Kesan Pada Tahap Sedatif-Euforik-Analgesik (Dos Tinggi)
• Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi
• Berasa tenang
• Hilang dalam alam mimpi
• Merasa gatal atau berpeluh
• Anak mata menjadi sempit
• Merasa loya
Kesan Sampingan Akut (Penggunaan Singkat)
• Mulut menjadi kering
• Kerap kencing
• Kehilangan selera makan (anoreksia)
• Sembelit
Kesan Sampingan Kronik (Penggunaan Lama)
• Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan
• Jaundis (penyakit hati)
• Insomnia (payah tidur)
• Psikosis (gila)
• Kulit menjadi gelap terutamanya di bahagian pipi
Kesan Penggunaan Banyak (10-30 Helai Daun Atau Lebih Dalam Sehari)
• Banyak tidur
• Hilang keupayaan untuk bekerja
• Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat)
• Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka)
Gejala Tarikan
• Hidung dan mata berair
• Cirit birit
• Sakit pada otot dan tulang
• Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan
• Sintakan otot (muscle jerking)
• Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)
• Mudah meradang
• Hilang keupayaan bekerja
Risiko
• Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan
• Mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran
• Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,
• Dos besar kafein – kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah
• Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat – kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian
Dari Aspek Perundangan
• Dikawal di Australia, Malaysia, Myanmar dan Thailand
• Thailand mengharamkan penggunaannya semenjak tahun 1943
• Memandangkan kesan bahaya akibat penyalahgunaan daun ketum. Disama kelaskan dengan kokain dan heroin. Kajian Dr. Sangun Suwanlert pada tahun 1975 mendapati bahawa daun ketum mempunyai ciri-ciri ketagihan
• Di Malaysia sejak 1 Jan 2003, Mitragynine adalah bahan psikotropik yang
• Disenaraikan dalam Jadual Ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. Sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual dan memiliki atau menggunakan Bahan Psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. (disemak 1989)
Hukuman
• Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 30(3) boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber:

47 ulasan:

  1. Bia mampus jeg terus

    BalasPadam
    Balasan
    1. khayalan buruk sangka yg parah tu

      Padam
    2. khayalan buruk sangka yg parah tu

      Padam
  2. Remaja sekarang...makin lame makin pelik....

    BalasPadam
  3. kat rumah ni bukan remaja. orang tua. duk teguk2 kate penawar darah tinggi. seronok sgt buat mende pelik2

    BalasPadam
  4. Dari minum air ketum ni baik minum air tebu lagi sedap. Ketum pahit nak mampus yarkkk..

    BalasPadam
  5. wow sedap nya cakoroi ni laaa

    BalasPadam
  6. ikutlah nasihat doktor. Allah jadikan sesuatu tiada yang sia sia. semua ada manfaatnya. makan nasi brlebihn pun ada tak baiknya. tubuh manusia dah ada anti bodynya . maintain je. ambil ubat jika perlu. jngn brlebihn, mudharat jadinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. BETOL SKALI SODARE HAL YG BELEBIH LAH YG BIKIN SESUATU JADI TAK BAIK
      BILE DI MANFAATKAN DENGAN BIJAK SESUAI KEBUTUHAN MALAH AKAN MENDAJI HAL YG BAIK

      Padam
  7. Saya tidak mahu menjadi mangsa

    BalasPadam
  8. Saya tidak mahu menjadi mangsa

    BalasPadam
    Balasan
    1. too late. You're already a victim trapped inside a post-modern, hyper-capitalist, statist, cosumer society system. You very existence has been redefined as a worker drone/consumer whose only worthwhile function vis-a-vis the State, is how much you contribute to the raising the GDP.
      Compared to all that, better drink some ketum and get high.

      Padam
    2. Memang laa daun ketum tu ubat. Tp bdak2 skang ni minum utk nk mabuk, khayal. Xde maknanya minum kosong. Kok2 mano pom tentu campur ubat batuk. Xsoh duk oyak molek laa. Klu jare2 tu xpo jgok. Nih tiap2 malam. Mapuh

      Padam
  9. kepala blog ni asyik pikir negative je...selit la skit positif nye...haaiihh!!!

    BalasPadam
  10. Eeeeee bukannya sedap

    BalasPadam
  11. Ingatlah,setiap yg Allah cipta ade kelebihannya.ketum ni ubat.yg buat jadi ketagih tu sebab campur dengan benda dadah.kalau minum original ketum takde efeknye.ketum ni tumbuhan yg Allah cipta.macam ganja jugak sebenarnya takde memudaratkan pun.bukan macam arak,raja segala kejahatan.ade ke kes orang minum ketum merogol,membunuh,rumah tangga porak peranda??yg setiap kajian dan akta yg telah dikaji tu sebenarnya mereka dengki sebab nanti hasil perubatan barat jatuh.jadi sebab tu derang cakap ketum ni dan ganja racun.sedangkan ubatan yg dihasilkan oleh kebanyakan farmasi semua mempunyai racun kimia.disini sy nak terangkan yg sebenarnya tiada efek atau kesan sampingan dari pengambilan ketum n ganja. Tp sebab dicampur dengan dadah je baru ketagih dan gian.fikir ye,ini adalah tumbuhan yg Allah ciptakan.

    BalasPadam
  12. Betul...... Air ketum ni sebenarnya penawar... Pada kegunaan tertentu... Bg yg lebih dos... Akan menjadi memudaratkan diri.. Tepuk dada tanya selera....

    BalasPadam
  13. Hehe maaf la.... Ubat apa yg sedap... Nama pn ubt ...vitamin CHAPS budak2 tu sedap la cm coklat..

    BalasPadam
  14. Ulam ulaman macam jering petai kerdas tu pun kalau x biasa memangla akan rasa pahit & kelat. Kencing pun boleh bau haring. Tapi kalau dh biasa akan jd suatu pembuka selera utk makan nasik. Ubat2an lagi pahit lagi bagus. Kalau nk manis telan jer gula. Qu telan qu telan barulah terlajak kencing manis

    BalasPadam
  15. Jgn lupa..Zionis dah kontrol dunia termasuk WHO.
    Herba tradisi kita semua depa kt bahaya
    Ubat depa...efek ginjal...diabetes x baik2...sampai potong kaki, lumpuh, heart attack.
    Harap kerajaan fikir semula

    Buat dlm bentuk Candy/Pil...sesuaikan dos

    Sama juga utk ganja...penawar yg dah ujud pd zaman nabi Muhammad(s.a.w)...tapi tiada hadis yg melarang ganja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... kenapa alkohol boleh mendapat status legal? Senang je masuk 7-11 beli alkohol boleh mabuk... Tapi terang-terang memudaratkan. cina kapiaq semua kaya, hasil penjualan alkohol di negara kita. Tapi nak guna tumbuhan semula jadi buat ubat, salah pula di sisi undang2. Undang-undang manusia lah...

      Padam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. Minum ketum jadi ketagih ??? Pelik sgt ni...saya minum jugak tapi bila stok putus sebulan boleh je tahan...satu lagi yg ckp cengkung lah ape lah...mana ade...saya elok je maintain dulu smpai skarang berat 60..bende ni ikut diri sendiri je...lawan laa skit sangap tu...dah besar bukan budak kecil lagi abg2 semua...minta maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki🙏

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minum ketum... layan...

      Padam
  18. Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-


    Rerama hijau

    Stevia
    
Halia bara
    
Lempoyang

    Turi
    
Ulam raja

    Sambung nyawa

    Tenggek burung

    Tebengau

    Belalai gajah

    Kemunting
    Pokok2 buah

    DAN BANYAK LAGI


    lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral ) 

Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
    0122440099 -Azizi @
 0123106846 -Faizal

    BalasPadam
  19. gunakan dgn bijaksana

    BalasPadam
  20. pokok ketom ni dah wujud sebelum negeri tanah melayu kena jajah..orang putih dah lama tahu tentang kebaikan tumbuhan ni..diorg panggil kratom.mampu mengubati mcm² penyakit termasuk darah tinggi dan kencing manis. lanjutan kajian mereka skrg ni sedang usaha membuat bio produk dari sumber ketom.Ini kerana mereka sedar kenapa bangsa melayu dahulu kala terkenal dgn kebijaksanaan nya..mereka syorkan agar para pelajar yg sedang hadapi exam minum air ketom ni. pokok ketom mengandungi biokimia yg dapat merangsang kecerdasan otak.

    BalasPadam
  21. satu masa dulu kalau korang ingat lagi penah orang putih datang kat malaysia minta kebenaran kat kerajaan kita kononnye nak menjejaki bigfoot kat hutan kita..kerajaan pun bagilah keizinan..tujuan sebenar mereka ialah mahu mengkaji dan mengambil semua sample bio sel tumbuhan yang ada di negara kita untuk kaji selidek di universiti mereka. mereka tahu negara kita mempunyai pelbagai sumber hutan termasuklah pokok ketom.

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. kajian berdasarkan google... mmg jd mcm tu...stakat ni lum ade yg mati minum ketum ori... yg pi test campur ubat nyamuk n ubat batuk siape suruh?... ni karang2 silap2 xkenal daun huhuhuhu... silap2 serai ngan lalang pun x kenal...

    BalasPadam
  24. Org bodoh je minum ketum dah la pahit tak sedap,beracun .langkau lagi sedap rasa pandan tak ada addict.

    BalasPadam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  26. Memang la untuk perubatan. Orang sekarang minum bukan untuk buat ubat dah. Tapi buat kepala jadi stim pening. Bukan secawan tok, satu botoi untuk sorang tok. Macam2 depa duk campuk ubat batuk dan ubat nyamuk , air coke , exstra jus. Apa yang aku nampak. Ketom ni lagi teruk dari penagih dadah. Sehari tak dapat rasa lain macam je badan. Hingus meleleh badan sakit2 lesuu.. Lagi2 pulak orang yang dah tega tu. Kena cas minum dulu baru boleh buat keja. Kalau tak kena depa macam ayam berak kapur je #LOPU??? Dulu aku pun kaki ketom. Tapi apa yang aku dah rasa. Alhamdulillah , terus berhenti. Mana badan yang kurus tu. Bila mnum koroi ni,, lagi bertambah kurus kering. Makan dalam poikk.. Getah air ketom ni la yang buat piauu. Sebab tu lah depa suma duk kucaii2 daun tu,, bagi pekatt lagi piauuu?? Dan getah ketom ni jugak lah boleh buat hangpa suma meninggai.. Getah and habuk ketum tu melekat kat hangpa punya organ dalaman. Contoh; Getah melekat dekat hati dan buah pinggang tersumbat??

    BalasPadam
  27. Orng skrng minum ketum mana ada untuk berubat lanie depa minum untuk layan kelapa ja meliuw tersadai kat tepi pantai tngk lori masuk port ja.

    BalasPadam
  28. Kesimpulannya

    Herba Ketum X Memasukkan Duit Cukai kpd Kerajaan & Kroni2 Kerajaan.. SEBAB TU ROKOK YG JELAS MERBAHAYA LEBIH HALAL dr HERBA KETUM...

    BalasPadam
  29. ketum tak salah..salah nya pda yg salah guna kann..yg baik2 semua nye dtg dari Allah yg buruk tu dtg dari kita..klau betul cara kita guna tu betul la klau salah tu salah laaa..

    BalasPadam
  30. Saya dah minum setahun lebih,dlm setahun tu adalah skip tak minum sehari dlm 3-4 kali,bila tak mnm,badan rasa sakit,mood jd nak gadoh je,dah jd kebiasaan dlm tempoh setahun tu tengah druve tertiba lentok,mungkib tuhan msh lg bg peluang,dgn berbagai cara,saya masih selamat drpd belaku kemalangan,efek lain masa mula2 mnm,bdan cpt naik,pas mnm je mula rasa lapa,ada org jadi kurus,mungkin tgj antibodi badan gamaknya,dia pnya teri gat,ya rabbi,dlm sehari mesti tak lari rm10 utk beli air ni,snpai terpaksa catu duit rokok,tukar alternatif lain,yaitu isap rokok daun,sampaikan anak nak.main phone pon,masa tak daoat air,boleh marah2 budak tu,hp campak smpai berderai,bila dpt air,diri jadi normal.balik,mula rasa bodoh je diri ni buat bnda mcm tu,bila tgk org mudah sangka buruk,sakit hati,smpaikan dlm sehari duk pikir hal.org yg saya burukan tu je,mmg mcm bodoh,alhamdullilah skang.saya dapat hidup normal kmbali,dah berhenti,utk yg nak brrhemti tu,jgn mnn smpai 4 hari,air ni efek akan berakhir lps hari yg ke 4,masa hari kedua dan ketiga,byk kan selawat dan tahan rasa nk mnm air,sbb pada waktu itu la,bdn sakit sesangat,smpaikan waktu malam rasa sejuk gila,badan rasa kuar duri,itu pengalaman saya,bagi yg mahu mula.nk.mencuba,toksahla,,,buang duit,masa berharga dgn anak2,mak bpk,sbb apa?jadi mls nk.kuar rumah,klu blh nk mnn,pastu merapu wasap sana sini,cerita hal.kain.sendri,hidup ini indah,jgn.disia siakan,, -alaminsan

    BalasPadam
  31. SAYA NAK TANYA NI. ADAKAH AMALAN MEMINUM AIR KETUM BOLEH MENYEBABKAN SAWAN. KAWAN SAYA KERAP JADI SAWAN.MENAKUTKAN.

    BalasPadam