Selasa, 22 Mac 2011

Polis tidak terbabit isu video: PM

Polis tidak terbabit isu video: PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, polis tidak terbabit dalam pembikinan video yang didakwa mengandungi aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita di sebuah hotel.

“Saya ingin mengesahkan apa dikatakan oleh Hishammuddin, iaitu pihak polis tidak terbabit dengan rakaman video berkenaan,” katanya dalam laman Twitter malam tadi. 

Petang semalam, Hishammuddin berkata, polis tidak terbabit dalam pembikinan video berkenaan, yang didedahkan kepada media semalam. 


Hishammuddin berkata, setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan berhubung video itu.

Terdahulu, satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks pemimpin pembangkang berkenaan dengan seorang pelacur wanita yang menawarkan perkhidmatan seks di sebuah hotel di sini. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan