Rabu, 23 Mac 2011

Senarai Gaji Perdana Menteri & Menteri Malaysia?

britain6 Senarai Gaji Perdana Menteri & Menteri Malaysia?

Bukan sahaja negara Malaysia mengalami masalah daripada segi kadar defisit yang teruk sehingga dikatakan negara Malaysia mampu diistiharkan sebagai bankrap + muflis, nampaknya Malaysia tidak berseorangan………..

Ini kerana kerajaan baru Britain yang dipimpin oleh kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat tidak duduk diam sekarang ini selepas mendapat mandat untuk memerintah. 

Lepas satu, satu reformasi yang telah mereka lakukan. Mereka tahu negara Britain berada dalam masalah sehingga menyebabkan mereka bertindak melakukan transformasi yang cukup drastik.

britain21 Senarai Gaji Perdana Menteri & Menteri Malaysia?

Sebelum itu, apa yang Perdana Menteri Britain, Davis Cameron katakan kepada barisan kabinetnya?
Menteri-menteri Britain adalah pekerja dan bukan tuan kepada rakyat Britain. Kerajaan Britain bakal menuju tranformasi yang maju.
Antara bentuk transformasi yang kerajaan Britain lakukan setakat ini demi memulihkan negara Britain terutamanya bagi mengurangkan rekod defisit negara Britain yang mana telah mencecah sebanyak 156.1 bilion pound (RM750 bilion) pada 2009-2010 atau 11.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Britain :
  1. Kerajaan campuran Britain juga merancang penjimatan sebanyak 513 juta pound sterling (RM2.5 bilion) dengan mengurangkan bajet badan-badan penasihat dan membubarkan sebahagian daripadanya
  2. Faedah istimewa yang dinikmati kakitangan kerajaan seperti teksi, penerbangan dan kemudahan hotel juga akan turut terjejas
  3. Gaji perdana menteri Britain dan menteri-menteri Britain dipotong sebanyak 5 %
  4. Menteri-menteri Britain yang terdiri daripada kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat tidak diberikan elaun pengangkutan dan……………….kemungkinan besar mereka akan menggunakan alternatif lain seperti tren atau pun bas
  5. Kerajaan juga bakal menjimatkan sebanyak 8 bilion pound (RM38 bilion) melalui cukai khas yang dikenakan kepada bank
Bukan sedikit nilai bajet yang dipotong mereka iaitu sebanyak RM29 billion iaitu kalau dalam matawang mereka bersamaan 6 bilion pound sterling.

Untuk apa kerajaan baru Britain melakukan semua ini?
  1. Mahu memastikan golongan yang mudah terjejas akibat potongan ini akan dilindungi
  2. Untuk kebajikan dan mahu mengelakkan pembaziran.
Samada angka di bawah ini akan berubah atau tidak, tidak diketahui. Bergantung juga kepada kebijakkan pemimpin Malaysia bagaimana mahu menangani situasi yang dialami Malaysia sekarang ini. Mungkin sudah ada corak dan perubahan tersendiri yang ingin mereka lakukan :

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :
  • Perdana Menteri –  RM 22,826.65 sebulan
  • Timbalan Perdana Menteri –     RM 18,168.15 sebulan
  • Menteri-Menteri Kabinet –  RM 14,907.20 sebulan.
  • Timbalan Menteri-Menteri –  RM 10,847.65 sebulan
  • Setiausaha Parlimen -   RM   7,187.40 sebulan
  • Ahli Dewan Negara –  RM 6,508.59
  • Ahli Dewan Rakyat –  RM 4,112.79
  • Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung
Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:
  • Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
    Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40. Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.
  • Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
  • Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)
Saya sambung pula gaji Menteri Besar, Exco di negeri-negeri lain. Jikalau gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, tetapi untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan). Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.
  • Menteri Besar – RM14,175.15
  • Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
  • ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79

Tiada ulasan:

Catat Ulasan