Khamis, 17 Mac 2011

Apabila yang bukan Ahli mengkritik PURDAH



Seorang ahli parlimen Conservative Phillip Hollobone di Britain dikritik kerana membuat kenyataan menyamakan mereka yang memakai purdah di Britain seperti seorang yang memakai beg kertas menutup kepala.

Beliau menegaskan bahawa Britain bukan sebuah negara Islam dan memakai purdah adalah satu perbuatan yang asing dan menyusahkan orang ramai di sana. Pemakai purdah juga mengundang kegelisahan orang ramai yang tidak tahu siapa si pemakai tersebut.

Beliau yang tidak mahu meminta maaf atas kenyataannya menegaskan bahawa memakai purdah bukanlah merupakan suatu undang-undang atau kewajiban dalam masyarakat umat Islam dan tidak nampak kenapa dia perlu meminta maaf.

Lagipun adalah haknya untuk menyatakan apa saja pendapatnya dalam debat parlimen atas dasar kebebasan berucap.

Terdapat seramai 100,000 wanita muslim yang memakai purdah di UK daripada seramai 2.4 juta umat Islam di sana.


Barcelona Mengharamkan Pemakaian Purdah Untuk Memasuki Bangunan

 

Lagi gerakan melondeh purdah menutup muka di Eropah berlaku, kali ini di Barcelona pula.

Dalam hal memakai purdah ini ada pertikaian ulama terhadap keharusan memakainya. Ada pendapat dari ulama yang sampai mewajibkan pemakaiannya dengan hujah mereka yang tersendiri.

Ada juga yang tidak mengharuskannya, cukup sekadar menutup aurat iaitu selain dari muka dan tapak tangan. Kalau kita perhatikan, solat bagi wanita yang berpurdah pun adalah tidak sah jika memakainya, sedangkan solat wajib menutup aurat, jadi muka bukanlah aurat, begitulah antara hujah mereka yang tidak mengharuskan pamakaian purdah.

 

Seluruh negara Eropah pada masa kini berbelah bagi dalam menentukan samada mahu membenarkan atau tidak pemakaian purdah di tempat awam.

Di France dan juga di Denmark pemakaian purdah menjadi tajuk perbincangan yang hangat hasil dari tekanan parti conservative yang mahu ia diharamkan di tempat awam.

Belanda merupakan negara Eropah yang pertama sekali mempertimbangkan untuk mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam pada tahun 2005, atas sebab-sebab keselamatan. Ia merupakan cadangan daripada ahli parlimen Geert Wilders, seorang penentang kuat fahaman radikal islam
di Belanda.

Namun sampai sekarang pun kerajaan Belanda masih berbolak balik dengan cadangan tersebut di mana tiada satu undang-undang pun yang telah diluluskan berkenaan dengan purdah.

Di Sweden dan Itali pula, secara teorinya kerajaan masing-masing telah melarang pemakaian purdah di kawasan awam.

Di Luxembourg, pihak berkuasa polis menguatkuasakan larangan memakai purdah di kawasan awam kecuali ketika majlis keramaian atau pesta.

Di Britain tiada peruntukan undang-undang dalam isu pemakaian purdah ini. Kita boleh melihat para wanita yang berpakaian hitam dan berpurdah bebas ke sana sini di kawasan di mana terdapat ramai pendatang asing. Namun itu tidak menghalang pihak berkuasa membuang seorang guru daripada kerjanya pada tahun 2006 apabila dia bertegas mahu mengajar dengan berpurdah.


Di Malaysia Pula....

KUANTAN, 7 Feb [11.05 am] - Orang ramai terutamanya umat Islam di bandar ini kecewa dengan sikap pengurusan The Zenith Hotel (foto) yang sanggup menghina agama Islam semata-mata ingin mempertahankan prinsip pemilik hotel terbabit. Kejadian berlaku melibatkan beberapa orang "gadis Melayu" yang memohon kerja sebagai "Penyambut Tetamu" di hotel berkenaan baru-baru ini.

Klik sini utk baca selanjutnya
http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/masih-ada-lagi-hotel-yg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan