Khamis, 17 Mac 2011

Lapangan baru minyak ditemui di Brunei

SEBUAH lapangan baru minyak mentah dianggar mempunyai jumlah simpanan sehingga ratusan juta tong ditemui kira-kira 100 kilometer di luar pantai Brunei.

Akhbar The Brunei Times semalam melaporkan, penemuan itu dibuat oleh Brunei Shell Petroleum (BSP) yang menyifatkannya sebagai antara usaha cari gali yang berjaya dan penemuan minyak dan gas yang penting dalam kawasan laut dalamnya. 

Memetik kenyataan BSP, ia berkata lapangan itu yang dikenali sebagai Geronggong berada di kawasan luar pantai ketiga dengan kedalaman kira-kira satu kilometer, air paling dalam di mana BSP telah menemui hidrokarbon dalam kawasan Brunei. 

“Kedalaman itu mencukupi untuk menenggelamkan sepenuhnya bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, di Dubai yang setinggi 828 meter,” kata syarikat itu.

Penggerudian di telaga Geronggong dijalankan oleh kapal gerudi dan penilaian ke atas data diperoleh daripadanya sedang dinilai. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan