Jumaat, 18 Mac 2011

Petua Keluarga Bahagia - Datuk Dr Fadzilah Kamsah untuk keharmonian rumah tangga

  • 1. Doa yang berterusan.
  • 2. Patuh ajaran agama.
  • 3. Murah dengan pujian.
  • 4. Murah dengan khidmat.
  • 5. Murah dengan belaian kasih sayang.
  • 6. Murah dengan sentuhan.
  • 7. Mencari kebaikan pasangan.
  • 8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
  • 9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
  • 10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
  • 11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
  •  
  • 12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
  • 13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
  • 14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
  • 15. Tolak-ansur.
  • 16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
  • 17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
  •  
  • 18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
  • 19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
  • 20. Sanggup berkorban buat pasangan.
  • 21. Menghormati pasangan.
  • 22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
  • 23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
  • 24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
  • 25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
  • 26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
  • 27. Meletakkan hak kepada pasangan.
  • 28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
  • 29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
  • 30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
  • 31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
  • 32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
  • 33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
  • 34. Memahami peranan ‘pasangan’.
  • 35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
  • 36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
  • 37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
  • 38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
  • 39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
  • 40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
  • 41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
  • 42. Sentiasa berterus terang.
  • 43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
  • 44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
  • 45. Elakkan salah pasangan.
  • 46. Cari titik pertemuan.
  • 47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
  • 48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
  • 49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
  • 50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
  • 51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • (a) Mental, pendidikan dan ilmu
  • (b) Emosi
  • (c) Fizikal dan ekonomi
  • (d) Sosial
  • (e) Spiritual
  • 52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
  • 53. Tidak terlalu mengongkong.
  • 54. Tidak bertindak bersendirian.
  • 55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • (a) Pendapat atau pandangan
  • (b) Hobi
  • (c) Kegemaran
  • (d) Makanan
  • (e) Cita rasa
  • (f) Warna pilihan dan pelbagai
  • 56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
  • 57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
  • 58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
  • 59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
  • 60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
  • 61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
  • 62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
  • 63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Tiada ulasan:

Catat Ulasan