Jumaat, 11 Mac 2011

SITI NORSAIDA @ SAIDA FAIL PENCERAIAN | KAKAK DATO SITI NURHALIZA

Kisah yang memeranjatkan aku..sebelum nie ada gak kedengaran mengenainya,lepas tu senyap balik. Kisah Artis dan Kakak Kepada Dato' Siti Nurhaliza,Siti Norsaida bercerai secara baik dengan Suami beliau Mohd Ghazali Yahya Zikri setelah berkahwin selama 14 tahun. Penetapan tarikh untuk sebutan semula kes pada 20 Disember bagi membolehkan pasangan tersebut berbincang untuk mengetahui sama ada ikatan perkahwinan mereka masih boleh diselamatkan atau tidak.

Anak-anak mereka Siti Nurunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4 tahun siapa lah yang jaga nanti. Masalah sudah lama tidak bersefahaman dan sehaluan serta perkahwinan mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi disuarakan oleh Siti Norsaida. Adakah mereka akan bersatu kembali? Aku rasa mungkin tidak kerana beliau sendiri telah menyatakan bahawa beliau yakin matlamat perkahwinan tidak akan tercapai.

Dah 14 tahun kahwin,mungkin masalah terlalu peribadi untuk dikongsikan bersama. Tapi 14 tahun tu..sayang sekali. Perkara sebegini membuat aku kekadang termenung. Jodoh ditangan Tuhan namun kita yang merencanakan. Adeyy..masalah..masalah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan