Sabtu, 19 Mac 2011

ASSALAMUALAIKUM ATAU SAMEIKUM /ASKOM?

Assalamualaikum, Aku selalu dengar ada orang bagi salam yang ucapannya diringkaskan macamlah sms. Padahal dizahirkan dengan sebutan. Adakah anda akan menjawab salam seseorang itu jika salamnya berbunyi, MEIKUUM! SALAMEIKUUM! ASKOM! Meski pun melalui sms?

Susah sangat kah mengucap salam itu dengan betul? Kita selaku orang islam tahu benar, bahawa ayat ayat dalam kitab Al Quran kalau dibaca harus dan wajib disebut dengan betuk dan tepat. Dalam sembahyang pun membaca ayat ayat sepertiSurah Al Fatihah juga harus dan wajib disebut dengan betul. 

Jika salah sebut akan membawa makna yang lain.
Daripada sembahyang itulah maka kita dididik menyebut dengan betul setiap ayat. Sejak dari mula belajar Mukaddam hingga kepada Al Quran kita diberatkan untuk menyebut dengan betul dan tepat.

Bolehkah jika membaca Al Fatihan memulakannya dengan Bismilla kita main ringkas saja.Kadangkala kedapatan ada juga yang mengucap Bismillahirahmanirrahim sebagai..Bismilaramanrahim! 

Tolonglah! Jangan amalkan kesalahan ini.
Berbalek kepada ucapan salam, kita tahu bahawa ucapan salam itu merupakan doa yang diucapkan oleh seorang islam kepada seorang islam yang lain. 

'SELAMAT SEJAHTERALAH KE ATAS MU"  Kalau lah dalam bahasa melayu ni pun diringkaskan maka jadilah begini, 'Mat jahtera tas mu'

Bagi saya MEIKUUM, SALAMEIKUM, ASKOM itu tiada apa apa makna.Itu bukan salam tetapi entah apa benda yang disebut. Saya seringkali diberi salam begitu. Saya tak balas. Janganlah amal ucapan ni kelak ianya akan menjadi kebiasaan dan seterusnya terpakai untuk generasi seterusnya.

Satu hal lagi. Sebut pasal drama tempatan di TV. Entah sedar atau tidak, sengaja atau dah jadi kebiasaan. Seringkali kalau dalam sesuatu adengan drama yang ada adengan memberi dan membalas salam jadinya begini.

Pemberisalam: Assalamualaikum!
Penjawabsalam : MAKLAIKUMSALAM! (atau kedengaran seperti ini MAK' ALAIKUMUSSALAM

Sepatutnya 'WAALAIKUM SALAM' Betapa jauhnya perbedaan sebutan itu. WAA  SUDAH BERTUKAR JADI MAK! (MAK MINAH)

Cubalah anda perhati dan dengar apabila setiap kali adengan drama tempatan kita ada adengan memberi salam. Ini saya dapati sering diucap oleh pelakun wanita, samaada memegang watak emak, isteri atau anak. 

Heran jugalah!  Kalau dalam skrip ucapan salam sudah ditaip dengan betul tetapi diucap salah oleh pelakunnya apakah pengarah berkenaan tahu dan sedar kesilapan itu berlaku? Atau pengarah itu kurang sensitif dalam bab ini.Atau bersikap tak endah?

Sebenarnya tulisan serupa ini saya ada siarkan dilaman blog saya. Ianya sebagai reply saya kepada komen seorang bloger yang menyentuh perkara yang sama. 

Beliau sendiri menurutnya pernah memberi pendapatnya mengenai masalah ucapan salam ini kepada kawan kawannya. Tetapi malangnya dia ditertawakan dan diusul supaya pergi jumpa Tok Imam dan Pak Lebai.

Inilah masalah kita-kita. Bila ada seseorang yang menegur sesuatu kesilapan yang berkaitan dengan agama maka orang itu ditertawakan, dipersendahkan malah diremehkan. 

Sedangkan apa yang ditegur itu adalah bersifat 'MEMPERBAIKI'. Saya sendiri pun  bila bercakap soal diatas pernah juga ditertawakan dan terus dipanggil USTAZ! Alhamdulillah! Saya yang seperti ini dipanggil USTAZ. 

Lainkali panggillah sebagai IMAM! Mereka bukanya mahu mengambil perhatian dan menanggapinya. Malah terus memperlekehnya. So, selama itulah mereka terus ber MEIKUM MEIKUM! Dah tua bangka pun ucap salam masih tak betul!!

So, sewajarnya dan seharusnyalah kita sama sama memelihara agama kita ISLAM. Perbetulkanlah ucapan salam itu selayak layaknya.

1 ulasan: