Selasa, 22 Mac 2011

Video - Rekayasa Untuk Mengaibkan Kami Sekeluarga, Kata Anwar


 












PETALING JAYA 21 MAC:Warisan politik usang yang jelik – itu rumusan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap video seks fitnah yang mula diedarkan dalam pusingan terbaru kempen untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Anwar mengemukakan bukti  untuk menolak dakwaan fitnah bahawa beliau kononnya  dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu. 


Ketua Pembangkang itu turut mendedahkan  pembabitkan Polis Cawangan Khas di samping penyelarasan di peringkat yang tertinggi untuk menyebarkan video fitnah itu.


Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod yang membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucu serta kakitangan yang bekerja untuk beliau.

Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan hari ini sebagai fitnah  yang diselaraskan pada peringkat tertinggi untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat.

" Saya mengecam konspirasi  terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekasaya jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

" Tayangan tengahari tadi kelihatan dirancang dengan penuh teliti. Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Anwar juga  berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau.

"Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa (disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.

"Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak," tambah Anwar.

Anwar dengan senyum  bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya.

Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.

“Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah ll pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. 

Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya Sarawak,” kata Anwar.

“Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik,” tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan