Perodua MyVi 2011 yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini bakal menemui anda pada bulan Julai atau September 2011.
Dan kini ianya sedang giat menjalani ujian jalanraya.Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bakal melancarkan Myvi edisi baru dengan enjin berkapasiti 1.5 liter dan ditampilkan dengan reka bentuk, kemasan dan perincian lebih tegar, bergaya dan sporty.
Sumber tersebut memberitahu Myvi Extrem akan menggunakan platform gabungan model generasi baru Toyota Passo dan Daihatsu Boon Luminas dengan kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter pada model Myvi sedia ada di pasaran.
Beberapa perubahan dalaman dan luaran ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi citarasa golongan muda seperti bamper, hud depan dan pintu belakang yang lebih bergaya.
Myvi Extrem baru ini juga menampilkan perubahan kedudukan gear yang terletak pada papan pemuka (dashboard) seperti Perodua Alza.
Difahamkan, dengan pelancaran Myvi Extrem serta satu lagi model baru yang akan dilancarkan PERODUA pada separuh kedua tahun ini, ia dijangka merealisasikan hasrat PERODUA untuk merekodkan jualan tertinggi baru tahun ini.
Rekod jualan syarikat itu sebelum ini adalah 176,400 unit.
Namun untuk tuil gear pada dashboard hanya boleh didapati untuk versi automatik sahaja.Bagi versi manual, ianya masih lagi seperti biasa.Kalau dilihat, rekabentuknya seiras Daihatsu Boon, namun tetap tampil dengan keunikan yang tersendiri.Apa-apa pun, layan gambar dibawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan