Kita sering dikaitkan dengan “Belilah Barang Buatan Malaysia”. Namun, seringkali juga ada yang mengeluh mengenai kualiti barang buatan Malaysia yang sudah sinonim dengan kualiti yang kurang bagus. Bukanlah niat kami untuk memburuk-burukkan kualiti barangan Malaysia.
Namun gambar di bawah mungkin boleh memberikan beberapa jawapan.
Jepun
Walaupun baru dilanda gempa bumi dengan kekuatan hampir 9.0 skala Richter baru-baru ini, keadaan permukaan jalan masih lagi nampak tidak terjejas.
Malaysia
Jalanraya mengalami kerosakan tanpa ada apa-apa bencana.
Jelas sekali, kualiti Jepun lebih baik dari Malaysia.Jadi, tidaklah terlalu “kejam” sekiranya kami melabelkan kualiti jalanraya di Malaysia ini, lebih melepaskan batuk di tangga sahaja.
Bukanlah semuanya barang buatan Malaysia ini tidak berkualiti, tetapi hakikatnya, kualiti pembuatan dari Malaysia masih lagi tidak dapat bersaing.
Ini jelas bukan hanya dalam aspek pembinaan atau apa sahaja, malah turut juga melibatkan kenderaan dan sebagainya. Seringkali juga orang awam mempertikaikan kualiti kenderaan Proton dan Perodua dengan jenama antarabangsa yang lain.
Apa pandangan anda pula mengenai simptom “Barang buatan Malaysia tidak berkualiti?”. Adakah ianya benar?
rasuah beb...rasuah....
BalasPadam