Jumaat, 11 Mac 2011

Firma Kuwait labur RM50j bina hab

BARAKA Telecom, anak syarikat Reach Telecom Holding KSCC dari Kuwait, akan melabur RM50 juta bagi menubuhkan hab Pemboleh Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNE) di Kuala Lumpur.

MNVE dilancarkan syarikat itu pada 17 Mac lalu bagi menawarkan perkhidmatan kepada pengusaha rangkaian maya mudah alih (MVNO) di Asia, demikian menurut syarikat itu dalam kenyataannya semalam.
Media baru-baru ini melaporkan, pengendali perkhidmatan mudah alih Malaysia, Maxis Bhd kini di peringkat akhir rundingan dengan Baraka, mengenai MVNO tiga tahun.
Bagaimanapun, sebuah firma penyelidikan ekuiti tempatan, OSK Research Sdn Bhd, berkata, langkah itu tidak akan memberi kesan ketara kepada Maxis memandangkan fokus khusus Baraka, yang menyasar pasaran mudah alih dan perkhidmatan data di negara Islam.

“Baraka merancang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang mematuhi syariah di Malaysia," kata firma penyelidikan berkenaan.

OSK berkata, Baraka mahu menimbangkan lebih banyak pilihan termasuk semakan semula model perniagaannya, dengan persekitaran mudah alih yang bersaing sengit di Malaysia dan cabaran pelaksanaan MVNO.

Keputusan untuk menyertai Maxis berkemungkinan mendapat galakan daripada hubungan rapat antara pemegang saham Baraka dan Saudi Telecom, antara pemegang saham utama Maxis, kata OSK. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan