Hadis Fadilat Solat Berjemaah, Solat Duha Dan Menunggu Solat Setelah Solat
حدثنا أبو توبة حدثنا الهيثم بن حميد عن يحيى بن الحارث عن القاسم أبي عبد
الرحمن عن أبي أمامة
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال من خرج من بيته متطهرا إلى صلاة مكتوبة
فأجره كأجر الحاج المحرم ومن خرج إلى تسبيح الضحى لا ينصبه إلا إياه فأجره
كأجر المعتمر وصلاة على أثر صلاة لا لغو بينهما كتاب في عليين
Telah Berkata Pada Kami Abu Taubah, Telah Berkata Kepada kami Al-Haytham bin Hamid dari Yahya bin Al-Harith dari al-Qasim Abu Abdul Rahman Dari Abu Umaamah
Bahawa Rasulullah saw telah berkata, barangsiapa yang pergi keluar dari rumahnya dengan bersih untuk bersembahyang fardhu maka pahalanya adalah seperti pahala Haji Dan barangsiapa yang pergi keluar untuk solat Dhuha tiada niat lain melainkan itu sahaja maka pahalanya ialah seperti pahala umrah, Dan menunggu solat setelah solat yang tiada perbuatan sia-sia di antaranya adalah tertulis dalam kitab Illiyun.
Kata Ustaz penulis, umat Islam Nusantara sekarang amat boros, setiap mereka membuang $50,000 setiap hari. Kenapa?
Sebab mereka tidak tahu fadhilat solat berjemaah itu adalah seperti pahala haji. Jika sekali haji kita mesti membayar $10,000. Maka kalau 5 kali haji sehari semalam maka kita akan terpaksa membayar $50,000.
Oleh itu bukankah boros namanya kalau kita tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk mendapatkan pahala haji 5 kali sehari. Kalau setahun kita sudah dapat 365 x 5 = 1825 kali Haji. Harganya ialah $18.25 Juta. Kalau 10 tahun = 18250 kali haji. Harganya ialah $182.5 Juta.
Bayangkan berapa banyakkah jumlah wang yang telah dibuang sia-sia kerana tidak mengambil kesempatan untuk mendapat pahala haji pada setiap kali solat fardhu.
maksudnya membuang duit 50,000$ itu gimana?kok nggak dijelasin
BalasPadam