MTD Capital Bhd, pengendali lebuh raya bertol kedua terbesar di negara ini, menerima tawaran terbaru yang dikemukakan konsortium empat syarikat yang dimiliki Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Nik Hussain Abdul Rahman untuk mengambil alih semua baki saham dalam syarikat itu pada harga RM11 sesaham atau RM3.5 bilion tunai.
Ia turut membabitkan pengambilalihan keseluruhan perniagaan anak syarikat milik penuh MTD Capital, iaitu MTD Prime Sdn Bhd dan Metramac Corporation Sdn Bhd.
Ia turut membabitkan pengambilalihan keseluruhan perniagaan anak syarikat milik penuh MTD Capital, iaitu MTD Prime Sdn Bhd dan Metramac Corporation Sdn Bhd.
Konsortium empat syarikat itu yang terdiri daripada Nikvest Sdn Bhd, Alloy Consolidated Sdn Bhd, Alloy Concrete Engineering Sdn Bhd dan Alloy Capital Sdn Bhd, adalah pemegang saham utama MTD Capital yang secara keseluruhannya menguasai kepentingan sebanyak 53.13 peratus.
Tawaran terbaru yang dibuat pada 10 Februari lalu itu juga adalah 1.48 peratus lebih tinggi berbanding harga dagangan saham pengendali lebuh raya bertol itu, iaitu RM10.84 sesaham pada akhir urus niaga semalam.
Dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia kelmarin, MTD Capital berkata, penerimaan tawaran baru itu diluluskan pengarah bebas MTD selepas membuat pertimbangan sewajarnya.
“Selepas membuat pertimbangan sewajarnya, pengarah bebas MTD Capital mencapai kata sepakat untuk menerima tawaran yang dikemukakan itu kerana ia dianggap berfaedah bagi kepentingan syarikat,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan