Tiada apa yang lebih hot bulan ini apabila jutawan perempuan Melayu, Sosilawati dan 3 lagi mangsa dilaporkan hilang sejak 31 Ogos 2010. Kami tidak berani membuat andaian sendiri, walaubagaimanapun kami menyediakan kronologi kehilangan Sosilawati sejak hari Kemerdekaan Malaysia. 30 Ogos 2010
Sosilawati meninggalkan pejabat di Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama peguam, pemandu peribadi dan seorang pegawai bank CIMB sebelum pergi ke Banting untuk urusan perniagaan.
31 Ogos 2010
Ahli keluarga keempat-empat mangsa membuat laporan polis setelah mendapati mereka gagal dihubungi.
2 September 2010
Sosilawati dan peguamnya dilihat kali terakhir membeli kerepek di Banting. Selain itu, polis turut menemui kereta perdana V6 yang dipercayai milik pegawai bank CIMB dekat tepi jalan di kawasan Petaling Jaya.
4 September 2010
Berita kehilangan empat individu itu disiarkan media.
6 September 2010
Kereta BMW milik Sosilawati ditemui di Flat Angsana USJ1 sementara kereta milik peguamnya dijumpai di sebuah kawasan perumahan berhadapan Hotel Dorsett, Subang Jaya.
7 September 2010
Ibu Sosilawati merayu anaknya pulang ke kampung untuk menyambut raya. Polis percaya mereka masih selamat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan