BANTING: Bekas rakan sekelas suspek yang juga adik kepada suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya tidak percaya rakannya yang dikenalinya sebagai pendiam dan kuat agama itu dikaitkan dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik dan tiga individu lain di sini.
Nik Shila Kamaruzzaman, 38, berkata beliau terkejut apabila mendapat tahu yang rakan sekelasnya dari Sekolah Seri Langat dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad adalah suspek dalam kes pembunuhan kejam Sosilawati, 47, dan tiga individu lain yang mendapat liputan meluas pihak media.
“Masa zaman sekolah dia seorang yang baik, pendiam selain memilih kawan. Lagipun dia lebih banyak kawan Cina dan Melayu dari kawan India serta tidak berkawan dengan pelajar samseng,” katanya ketika dihubungi di Subang semalam. Nik Shila berkata beliau mengikuti perkembangan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu sejak berita mengenainya disiarkan televisyen dan mendapat tahu dua suspek yang juga peguam terbabit adalah rakan sekelas dan juga senior beliau semasa di dua sekolah itu.
“Saya tak kenal sangat dengan suspek pertama sebab dia senior saya. Tapi suspek kedua yang juga memakai cermin mata (ketika masih sekolah) seorang rakan yang baik, memilih kawan dan tidak pernah kacau saya macam rakan-rakan lain yang nakal,” katanya yang kini bekerja sebagai ketua pramugari di sebuah syarikat penerbangan.
Tinjauan Berita Harian di kawasan perumahan itu tengahari semalam mendapati kawasan itu dipenuhi dengan wakil media dan juga jiran-jiran yang ingin mengikuti perkembangan suspek. Tidak kurang juga kenderaan lalu lalang yang bertanyakan kepada wakil media bila rumah suspek utama akan digeledah pihak polis.
Beberapa jiran yang ditemui berkata suspek utama dan keluarganya tidak bergaul dengan penduduk setempat tetapi dikenali sebagai seorang yang baik dan selalu menegur jirannya jika berjumpa. - Berita Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan