Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim r.a daripada Abbas r.a, bapa saudara Rasullullah s.a.w bahawa Nabi telah bersabda :
"Aku adalah orang (manusia)yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari khiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari khiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada dibawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat pertama yang akan dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada diatas kepala mereka. Mereka semua akan berkata : "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Ta'ala serta dibenarkan para rasul."
Ibnu Abbas berkata : "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur pada hari khiamat adalah Muhammad s.a.w. Jibril a.s akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula akan datang dengan membawa bendera dan makhota. Izrail akan datang pula dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga."
Jibril a.s akan menyeru : "Wahai dunia! Dimana Makam Rasulullah s.a.w?"
Bumi akan berkata : "Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana Makam Rasulullah s.a.w"
Rasulullah s.a.w bersabda : "Lalu diangkatlah tiang-tiang dari cahaya Makam Rasulullah s.a.w ke awan langit. Maka empat Malaikat berada di atas kubur."
Israfil bersuara : "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!"
Maka Makam terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, Makam mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah s.a.w berdiri, Baginda s.a.w membuang tanah diatas kepala dan janggutnya. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri. Rasulullah s.a.w dapati tiada lagi bangunan. Baginda s.a.w menangis sehingga air matanya ke pipi. Inilah tangisan pertama Rasulullah s.a.w di akhirat!
Jibril berkata kepadanya : "Bangun wahai Rasulullah s.a.w! Sesungguhnya kamu disisi Allah Ta'ala di tempat yang luas."
Baginda s.a.w bertanya : "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"
Jibril menjawab : "Wahai Rasulullah s.a.w! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Ta'ala."
Baginda s.a.w bersabda : "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"
Jibril berkata : "Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?"
Baginda s.a.w bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku."
Jibril berkata : "Adakah kamu tidak melihat bendera pujian terpacak di atasmu?"
Baginda s.a.w bersabda : "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Dimana perjanjian mereka?"
Jibril berkata : Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?"
Baginda s.a.w bersabda : "Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."
Jibril berkata : "Tungganglah Buraq ini wahai Rasulullah s.a.w dan pergilah kehadapan Tuhanmu!"
Jibril datang bersama Buraq kearah Nabi Muhammad s.a.w. Buraq cuba meronta-ronta.
Jibril berkata kepadanya : "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Ta'ala? Sudahkah Allah Ta'ala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?"
Buraq berkata : "Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku."
Baginda s.a.w bersabda kepada Buraq : "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku akan memberikannya padamu."
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan Rasulullah s.a.w menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad s.a.w berada di Baitul Maqdis diatas bumi dari perak yang putih, Malaikat Israfil menyeru :
"Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang telah bertaburan dan urat-urat yang terputus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa."
Roh-roh yang telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala.Di dalamnya terdapat beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit diatas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya kulit dan daging akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah Ta'ala befirman : "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita."
Malaikat Israfil menjerit : "Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuhmu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam."
Allah Ta'ala berfirman : "Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!"
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Ta'ala, roh-roh pun keluar mencari jasad mereka. Maka kembalilah roh pada jasadnya. Bumi akan terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semua sedia, masing-masing melihat. Nabi Muhammad s.a.w makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Muhammad s.a.w merupakan satu umat (kumpulan). Rasulullah s.a.w berhenti memerhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril menyeru : "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Ta'ala."
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat, Baginda s.a.w akan bertanya : "Dimana umatku?"
Jibril berkata : "Wahai Rasulullah s.a.w! Umatmu adalah umat yang terakhir."
Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibril akan menyeru : "Tempatmu!" Maka Nabi Isa a.s dan Jibril menangis.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Menapa kamu berdua menangis?"
Jibril berkata : "Bagaimana keadaan umatmu Ya Rasulullah s.a.w?"
Nabi Muhammad s.a.w bertanya : "Dimana umatku?"
Jibril berkata : "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."
Apabila mendengar cerita demikian Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya : "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril berkata : "Lihatlah mereka wahai Rasulullah s.a.w!"
Apabila Nabi Muhammad s.a.w melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada Baginda SAW dengan apa yang telah Allah Ta'ala muliakannya. Mereka gembira dapat bertemu dengan Nabi s.a.w. Baginda s.a.w juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban diatas belakang mereka sambil menyeru : "Wahai Rasulullah s.a.w!"
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi s.a.w bersabda : "Wahai umatku!". Mereka berkumpul disisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka berada dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Ta'ala seruan yang
menyeru : "Dimana Jibril?"
Jibril berkata : "Jibril dihadapan Allah, Tuhan semesta alam."
Allah Ta'ala berfirman : "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Rasulullah s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan dihadapanKu."
Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata : "Wahai Rasulullah s.a.w! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Ta'ala."
Nabi Muhammad s.a.w berpaling kearah umatnya lalu berkata : "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Ta'ala."
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah. Nabi Muhammad s.a.w memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju hadapan Allah Ta'ala.
Allah Ta'ala berfirman : "Wahai hambaKu! Dengarkanlah baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!"
Hamba-hamba Allah Ta'ala terdiam. Allah Ta'ala berfirman : "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi lah kearah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya bawakan Jahanam!"
Jibbril pergi berjumpa Malik, penjaga nerak lalu berkata : "Wahai Malik! Allah Ta'ala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam."
Malik bertanya : "Apakah hari ini?"
Jibril menjawab : "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka uasahakan."
Malik bertanya : "Wahai Jibril! Adakah Allah Ta'ala telah mengumpulkan makhuk?"
Jibril menjawab : "Ya!"
Malik bertanya : "Dimanakah Rasulullah s.a.w dan umatnya?"
Jibril menjawab : " Dihadapan Allah Ta'ala."
Malik bertanya lagi : "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya. Sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?"
Jibril berkata : "Aku tidak tahu!"

Malik menjerit kearah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri dengan tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah berhenti manakala airmata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal sebenarnya tidak mabuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan