Kampung Laksamana, Batu Caves dekat sini tengah malam tadi bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang ahli perniagaan warga India di Banting, Selangor tahun ini.
Tangkapan itu adalah susulan kepada penahanan seorang lelaki berusia 34
tahun di Taman Wilayah, Selayang petang semalam bagi kes yang sama.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial
Facebooknya berkata lelaki berusia 21 tahun tersebut ditahan kira-kira
12.15 tengah malam.
Ahli perniagaan yang dikenali sebagai A. Muthuraja itu dilaporkan hilang
sejak tiba di negara ini dari Chennai, India pada 18 Januari lalu selepas dikatakan
berjumpa dengan seorang peguam yang juga rakannya di Banting.
Isterinya S. Usharani membuat laporan polis di Banting pada 8 September lalu.
Kedua-dua lelaki yang ditangkap itu dipercayai mempunyai kaitan dengan
peguam terbabit yang juga merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan
kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44,
pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38,
dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos
lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu
dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. -- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan