GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang sedia bekerjasama membantu siasatan berhubung dakwaan bahawa urusan jual beli sebidang tanah di negeri ini menjadi punca pertelingkahan sehingga membawa kepada pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Yaakob, berkata setakat ini pihaknya belum mengetahui kesahihan dan kaitan tanah berkenaan dengan kes itu.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Yaakob, berkata setakat ini pihaknya belum mengetahui kesahihan dan kaitan tanah berkenaan dengan kes itu.
Tanah seluas 12 hektar bernilai RM25 juta itu dibeli secara kongsi oleh keempat-empat mereka pada 24 Mac 2008 dan dikatakan dijual kepada seorang ahli perniagaan di Selangor pada harga RM29 juta, tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan