Jumaat, 2 Oktober 2009

PAPRIK AYAM

• Ayam (agak2-tak perlu terlalu banyak- dipotong kecil dan dibersihkan)
• 2-3 biji Cili merah - ditumbuk lumat (kalau nak pedas tambahkan cili api)
• 3-4 ulas Bawang merah - ditumbuk lumat
• 2-3 ulas Bawang putih - ditumbuk lumat
• Sehiris halia
• Beberapa helai daun limau purut
• Bunga kobis ] dipotong
• Kacang panjang ] mengikut
• Karot ] citarasa
• Putik jagung ] masing2
• Garam, aji, gula, secukup rasa
1. Ayam direbus bersama halia, sedikit garam dan aji (kalau suka). Air jangan terlalu banyak, rebus biar tinngal skit je air. Jangan masukkan banyak garam.
2. Ada yang suka goreng ayam tu, tapi saya suka rebus, sebab kita boleh guna air rebusan tu untuk menambahkan kesedapan paprik.
3. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga masak dan nampak minyak dah naik, agak2 macam dah nak kering gitu
4. Then masukkan ayam bersama air rebusannya. Kalau nak berkuah leh masukkan air, tapi saya suka kering2. Cukup sekadar air ayam tu skit je.
5. Oleh kerana ayam dah direbus.kita tak perlu masak lame sangat, so... leh la carik-carikkan daun lemau purut dan masukkan bersama-sama sayur yang dah dipotong.
6. Agak sayur tak terlalu keras, dan dah bau daun limau purut, leh la angkat dan hidangkan.
Mudah dan sedap..


Top Up Sendiri HP Anda
Klik Banner Di Bawah
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan