Doa tersebut seperti bukan doa kepada Allah tetapi dipohon kepada manusia . Islam hanya membenarkan memohon kepada Allah sahaja dan bukan sesama makhluk.
Kandungan doa tersebut:
Tidak pasti Ustaz Thalut @ Muhammad Adeeb b. Sakiran adalah sememangnya staff JAIS atau tidak. No handphone yang tertera apabila dipanggil tidak berjawab.
Difahamkan doa tersebut sudah banyak tersebar di internet dan diforward melalui email ke email ibarat email berantai.
Amalan tersebut pada asalnya merupakan sumber dari ulamaIslam...dan juga amalan orang soleh yang lebih dikeneli sebagai TAWASSUL...meminta dikabulkan doa dengan berkat Rasul dan ahli keluarga baginda dan bukan meminta kepada baginda...amala tawssul ini atau ambil berkat ini di sebut banyak dalam hadis-hadis sahih dalam Sahih Al Bukhary.
Namun yang saya masalahkan disini ialah kesilapan orang Melayu kita yang suka beramal secara taklid buta dan mempunyai amalan yang terputus sanadnya...Al Imam Abdullah Ibnu Mubarak berkata 'Jika tanpa sanad/salasilah, akan berkatalah manusia sesuatu yang ingin dikatakannya.
Saya teliti amalan diatas walaupun bacaannya betul tetapi punyai beberapa kesilapan.
1. Matlamat amalan-tidak jelas...sepatutnya disebut amalan tawassul dan bukan doa.
2. kaedah amalan yang berlainan dengan digariskan oleh para ulama
3.Terputus Salasilah amalan dengan ulama' muktabar.
Dalam kajian kes diatas dinamakan sebagai Tawassul dengan ahli Kisa' atau ahli selimut iaitu Nabi SAW, Saidina Ali, Imam Hassan dan Hussein, Dan Sayyidatina Fatimah. Ahli Kisa' ini Sahih disebut dalam Hadis Tsaqalain riwayat Imam Muslim.
sumber asal amalan tersebut ialah dari al-Qadhi asy-Syaikh Yusuf bin Isma`il an-Nabhaani rahimahUllah. Dalam karyanya "Sa`aadatud Daarain" halaman 627 beliau menyatakan bahawa amalan tersebut antara yang mujarrab untuk mencegah
wabak.
Bacalah doa ini :
بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim
[Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.( 3 kali)]
Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”
HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad.
Info tambahan : dijangka gelombang kedua H1N1 menyusul diantara bulan 10 dan sebelas..
Wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan