Bab 1 :Pertubuhan-pertubuhan Dajjal Al-Masikh
1.1 secret society
1.2 secret society-illuminati
1.3 secret society-freemason
1.4 Secret Society-Pangkat Dalam Freemason
1.4 Secret Society-Priory Of Sion
1.5 Secret Society-Bilderberg Group
1.6 Secret Society-Council on Foreign Relationship (CFR), Trilateral Commission (TC)
1.7 Secret Society-Rahsia The Great Seal
1.8 Secret Society-Pangkat Dalam Freemason
1.9 Secret Society-thirteen Illuminati Bloodlines
Bab 2 : Kewujudan dan bukti freemason di Malaysia
2.1 Senibina berunsurkan Illuminati.
2.2 Misteri di sebalik ciptaan bendera Malaysia
2.3 matlamat freemason
2.4 Prinsip-Prinsip Freemason:
Bab 3 : Sign rahsia (the one eye around us)
3.1 Konspirasi Dunia : Artis-Artis Illuminati
Bab 4: Mengenali Dajjal
4.1 Doa menghindari fitnah dajjal
Bab 5 : Rancangan kejam mereka pada 2012?!
5.1 Konspirasi Dunia- The Millennial Temple
5.2 Konspirasi Dunia- One World Government
5.3 Konspirasi Dunia- World Trade Center 9/11
5.4 Konspirasi Dunia- World Trade Center 9/11
Bab 6 : Umat Islam ditindas,siapakah penyelamat,nantikan kedatangan Panji
Hitam Ufuk Timur
6.1 Kajian Hadis Rasullulah Tanda Kiamat- A Days Of Dajal
6.2 Para Syuhada Gaza Tersenyum
6.3 Kekejaman Yahudi
6.4 Kajian Hadis Rasullulah Tanda Kiamat- Panji Hitam Ufuk Timur
6.5 Khutbah Terakhir Rasullulah- 2 Senjata Terbesar Umat Islam
BAB 1: PERTUBUHAN2 DAJJAL AL-MASIKH
1.1 Secret Society- Intro.....
Assalamualaikum kepada semua pembaca
Bab ini adalah penerangan tentang secret society di seluruh dunia... Mungkin ramai antara
mereka dah mengetahuinya, mungkin ramai lagi yg masih kabur atau tidak pernah mengetahui..
dipermudahkan, secret society itu adalah pertubuhan2 rahsia yg telah diilhamkan oleh dajal
laknatullah untk merencanakan dan melaksanakan rancangan2 jahat dan kotor mereka- New
World Order... terdapat banyak secret2 society seluruh dunia ini.. contoh2 secret society ini
adalah Freemason, Illuminati, Bilderbergh Group, Knight Of Malta, Skull And Bones,
Priory Of Sion, Society Of Jesus/ Jesuit dan banyak lagi..... Samada kita semua sedar ataupun
tidak, dunia kita ini sebenarnye dikawal oleh mereka.... teruskan membaca... akan dirungkaikan
sedikit demi sedikit persoalan ini... Permulaan kepada pengakhiran sudah
bermula.....
Freemason....
Illuminati....
Priory Of Sion...
Skull And Bones...
1.2Secret Society- Illuminati...
Sekarang ini akan detailkan lagi tentang Illuminati... saya akan cerita asal usul sejarah penubuhan
Illuminati ini...
lluminati ini telah ditubuhkan pada 1774 di Perancis oleh Adam Weishaupt yang merupakan
seorang profesor di Universiti Ingoldstald.. Perkataan Illuminati dinisbahkan kepada salah satu
daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai oleh golongan
bijaksana (Hukama’) Yahudi...Manakala di dalam bahasa Arab pula Illuminati bermaksud
al-Nuraniyin.... Nama Illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka
sebagai pemerintah
tunggal alam ini.....
Pusat pentadbirannya ialah di segitiga bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal
laknatullah...Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit 1 dolar US... lambang
yang ade pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi...
sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota freemasonry dari pergerakan
illuminati yang bernama Pat Robertson.
Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rotschild yang merupakan gedung kewangan
yang dikuasai oleh yahudi...Perkataan illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (iblis)
yang beerti “Pemegang Cahaya”... beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh
orang yg benar2 berwibawa sahaja, maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang dua ribu
orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang dirancang olehnya dengan disokong anggota
feemasonry peringkat tinggi.... pengikut2 ini memang berkemahiran dalam semua aspek
kehidupan tlh membina markas2 sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai “Lodges of The
Grand Orient” untuk melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pihak tertinggi (Freemasonry/
Zionisme)....
Berikut merupakn matlamat illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut
agenda yang telah dirancang:
1. Menghapuskan semua kerajaan2 kebangsaan yang berpelembagaan...
2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka...
3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian...
4. Menghapuskan semangat nasionalisme...
5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan
berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia...
6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia
terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi
internasionalisme......
1.3Secret Society- Freemason.....
Freemason. Mungkin ramai dah tahu apa itu Freemason ini amat berpengaruh di seluruh
dunia.. Lodge-lodge mereka terdapat di seluruh dunia, termasuklah di negara kita yang tercinta
ini.Malaysia... Tuan Guru Nik Aziz pernah mengusulkan pengharaman Freemason ini di
parlimen satu ketika dulu tetapi gagal. Di Malaysia, Freemason didaftarkan sebagai Pertubuhan
Persaudaraan untuk menyembunyikan tujuan sebenar mereka. Contoh Pertubuhan di bawah
Freemason ialah Rotary Club dan Lion Club.. Amerika sendiri adalah negara Freemason..
George Washington yang juga Presiden Amerika pertama merupakan Grand Master 33rd
Degree iaitu pangkat paling tinggi dalam Freemason ini. Boleh dikatakan semua Presiden
Amerika adalah ahli Freemason dan mereka mengikut arahan dari orang atasan Freemason.
Orang atasan Freemason pula mengikut arahan Dajal laknatullah. Jika mereka ingkar atau tidak
mengikut arahan yang diberikan kepada mereka, mereka akan dibunuh atau dujatuhkan reputasi.
Contoh, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy. Tajuk mengenai Freemason akan dikupas
dengan lebih lanjut. Untuk kali ini saya akan ceritakan tentang asal-usul dan perancangan jahat
mereka.
Freemason ini ialah sebuah pertubuhan Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900
SM, dan mempunyai sepuluh program antarabangsa.... program ini dlm istilah Freemason
dinamakan 'HARAR' or 'SATANIM', berlambangkan sotong kurita (octopus) berkaki sepuluh,
ular berbisa (serpent) berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku besi....
Program pertama.
Program pertama dalam istilah Freemason dinamakan 'TAKKIM' :
Pada zaman Nabi Isa a.s orang-orang Yahudi dengan segala tipu daya ingin membunuh Nabi Isa
a.s. Antara fitnah keji - ' Nabi Isa a.s. ingin menjadi Raja Yahudi' yang disampaikan kepada
kerajaan rom tetapi Allah S.W.T. telah selamatkan Nabi Isa a.s dan menggantinya dengan
seorang lelaki bernama Judas. Maka setelah Nabi Isa diangkat ke langit, Yahudi masih berusaha
menghancurkan ajaran Nabi Isa a.s. yang sudah disebarkan dengan program 'TAKKIM' iaitu :
- Merosakkan ajaran Nabi Isa a.s. yang ada seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya....
- Merosakkan akidah dengan Doktrin Trinitas (konsep yang digunakan oleh penganut ajaran
Kristian sekarang yang dibawa oleh Paulus- aku akan cerita lebih lanjut macam mana Paulus
menyebarkan ajaran Doktrin Trinitas nanti)...
- Merosakkan Injil (Bible) yang ada dengan Injil palsu....
- Pope dijadikan tandingan Nabi Isa a.s.....
Pada zaman Islam :
- Pada zaman Rasulullah s.a.w, orang2 Yahudi memupuk munafiqin dan muhadin...mereka
diantaranya berusaha menfitnah isteri nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belah kaum ansar
dan muhajirin...
- Melaga-lagakan Ali r.a. dan Muawiyah r.a. sehingga Aisyah r.a. masuk campur....
- Membuat ratusan hadis2 palsu, memasukkan dongeng israeliyat, mengubah penafsiran al-Quran
dan sebagainya..
- Mendangkalkan aqidah umat islam dengan falsafah Yunani sehingga timbul aliran kerahiban,
tarikat sufi, mu’tazilah dan sebagainya....maka lahirlah cendikiawan2 Islam yang menghuraikan
akidah islam dengan cara falsafah Yunani, menuruti pemikiran Aflatun (Plato), Aristun
(Aristotles) dan lainnya...
-Mewujudkan lembaga pendidikan Islam yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang
menafsirkan al-Quran dan hadis sesuai dengan pemikiran Freemasonry....
- Menghidupkan sunnah2 jahilliah dengan alasan memelihara adat istiadat nenek moyang....
- Menjadikan Islam supaya tasyabbuh, selari dengan nasrani dan agama lain...antaranya dengan
memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid, ulangtahun dan sebagainya...
Program kedua.
dinamakan 'SHADA'
- bermaksud membentuk agama baru dan agama tandingan di seluruh dunia....
- salah satunya ialah di India ketika islam bangkit untuk kembali kepada al-quran dan hadis dan
menyerukn 'jihad fisabilillah', pihak penjajah Inggeris bekerjasama dgn Freemasonry
menubuhkan gerakan anti-jihad...antara lain ialah dengan menggalakkan ahli sufi dan ulama
menganggotai Freemasonry....
Seorang Freemason iaitu 'Mirza Ghulam Ahmad', sapa2 yang ambil SPM mesti kenal Mirza
Ghulam Ahmad ni, ada dalam silibus Pendidikan Islam tingkatan 5- Pengasas Ajaran Sesat..dia
mendakwa dirinya sebagai nabi akhir zaman, Bhuda Awatara, Krishna dan
sebagainya...Rabithah Alam Islami yg brsidang di Makkah 14-18 Rabiul awal, tahun 1394
Hijrah memutuskan bahawa ajran 'Ahmadiah' itu bukan islam dan ia berkait rapat dengan
Zionisme....
- Kes-kes 'aliran sesat islam' yang beredar di Indonesia seperti solat dua bahasa dan lainnya,
kemungkinn besar ianya berkaitan dengan program Freemason ni..
Program ketiga...
dinamakan 'PAROKIM' :
- Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan...
- Mengembangkan Freemason tempatan (domestik) dalam suatu negara dengan nama tempatan,
akan tetapi tetap tidak lari dari asas dan tujuan Freemason....
- Mendukung teori2 bertentangan.....
- Membangkitkan bida'ah dan khufarat - menyebarkan teori Sigmond Freud dan Charles Darwin
sehingga antara ilmu pengetahuan dan agama itu bersaing, cuba utuk kalah-mengalahkan satu
sama lain...
Program keempat...
dinamakan 'LIBARIM' :
- Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui
penyebaran seks bebas...
- Menghapuskan hukum yang melarang kahwin antara agama untuk mencipta generasi bebas
agama (atheism dan freethinker)..
- Pengembangan pendidikan seks di sekolah-sekolah...
- Persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam hal 'kedudukan waris' dan 'pakaian'...
- Menggembalakan pemuda-pemudi ke dunia khayalan, dunia muzik, dan narkotik....
AF,Malaysian Idol, OIM...
- Mendirikan bait-satan (rumah syaitan) untuk menampung pemuda-pemudi ke alamnya...
- Mengorganisasi kaum gay, lesbian, lutherian serta menggalakkn perakuan menuntut hak mereka
dalam hukum....
Program kelima....
dinamakan 'BABILL' -
- Memupuk asas kebangsaan dalam setiap bangsa....
- Menjaga kemurnian bangsa Yahudi....
Program keenam...
dinamakan 'ONAN' :
- Mengekang pertumbuhan bangsa goyim (orang selain Yahudi).....
- Menggalakkan perempuan2 yahudi agar menjadi subur.....
Program ketujuh...
dinamakan 'PROTOKOL'
- dalam istilah Freemasonry...protokol khusus untuk program bangsa Yahudi dalam suhyuniah
(zionisme) yang dimulai dengan penyebaran protokol...isi protokol adalah tentang rancangan
Yahudi untuk menguasai dunia...diantaranya ialah penghancuran ekonomi suatu negara,
penghancuran moral suatu bangsa dan banyak lagi...dengan program protokol ini, bangsa yahudi
dapat menjdi penguasa ekonomi dunia, pengaturcara politik dan penerangan (medium, media)
dunia....
Program kelapan...
disebut 'GORGAH' :
- Untuk merosakkan para pemimpin negara, ulama dan parti, mereka harus dijerumuskan dalam
pasaran seks dengan seribu satu jalan...pepatah Yahudi mengatakan ”jadikanlah perempuan
cantik itu untuk alat suatu permainan soal-siasat.”
- Membuat perangkap seks bagi seseorang yang terhormat... jika namanya disiarkan sehingga
kehormatannya terjejas, itu adalah satu kejayaan....
- Menyebarkan ejen kasisah, iaitu intel Freemasonry untuk menghancurkan martabat musuh di
tempt2 maksiat..
- Mendirikan pusat perjudian terbesar dan moden.....
- Melemahkan musuh dengan perempuan dan ubat khusus....
Program kesembilan...
dinamakan 'PLOTISME' :
- Mendidik alim-ulama dalam plotis yang
fahamannya terumbang-ambing....
- Alim-ulama plotis itu disebarkan sebagai tenaga pengajar di sekolah2 dan pertubuhan2 Islam...
- Alim-ulama Plotis harus diangkat menjadi anggota kehormat Freemason.......
Program kesepuluh...
dinamakan 'QORNUN' :
- Orang2 yang terpilih yang disyaki berbahaya kpd Freemasonry diangkat agar menjadi kaya-raya
sehingga bergelumang harta benda, tetapi akhirnya di peras secara halus oleh suruhan
Freemasonry....
- Memberi dana pendidikan bagi pendidikan agama...memberi dana dalam hal perniagaan,
pertanian dan sebagainya sehingga mereka sibuk dalam keduniaan (materialisme).....
- Musuh2 Freemasonry akan diperdaya agar terjerat riba (interest) oleh bank Freemasonry....
- Menghasut dan memberi jalan dengan berbagai cara agar bank selain dari bank Yahudi
melakukan rasuah sehingga bank tersebut hancur dan kemudian bank itu diberi bantuan bank
Freemasonry dengan ikatan yang kuat... bank itu akan beroperasi kembali dengan 75% modal
Yahudi... kemudian pemimpin2 bank tersebut diberi ajaran Freemasonry dan menjadi
anggotanya....
Dari data2 tersebut dapat kita lihat bahwa begitu berkembangnya program2 Freemasonry dan
Allah s.w.t. telah memberi peringatan dalam al-quran bahawa mereka (Freemason) itu saling
bantu membantu dan menjadi pelindung satu dengan yang lain....
Pada lafaz “illa taf’aluuhu” Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk mengadakan
saingan program tansiq iaitu penyatuan hati umat islam... dalam hal ini, ulama Islam sebagai
pemegang amanah para rasul2 seharusnya bersatu untuk memimpin dan membangunkan program
tandingan sedunia yang insya-allah pasti akan menyaingi dan menghancurkn program2
Freemason ni....
Malaysia ni dah lama bertapaknya Freemason.. masa zaman pnjajahan British dulu bermulanya
kemasukan Freemason ke dalam negara kita.... Ikuti bab Selanjutnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan