Ikhlas sebagaimana yang diterima pakai dalam agama terbahagi kepada tiga iaitu;
1) Manusia yang awam/taqlid yang tidak mengetahui tujuan ibadat yang sebenarnya akan mengikhlaskan amal dan ibadatnya kepada Allah Taala tetapi mencampurinya dengan keinginannya mendapat balasan syurga dan terhindari daripada neraka.
2) Manusia dari golongan Muridin atau Salikin yang tujuannya ibadat dan amalannya untuk menghampirkan diri dengan Allah akan mengikhlaskan amal dan ibadatnya kepada Allah Taala tetapi mencampurinya dengan kehendak/keinginannya supaya dibukakan perkara-perkara yang ghaib sebagai meneguhkan perjalanan hatinya.
3) Manusia yang benar-benar kenal Allah(Ahli Makrifat atau Ahli Muwahid) akan sentiasa memandang malah menyaksikan bahawa amal dan ibadatnya adalah semata-mata anugerah dan kurnia daripada Allah.
Golongan yang ketiga inilah golongan yang berjaya menjejaki hakikat kesempurnaan ikhlas yang benar kerana mereka melihat kepada "LA HAU LAWALA QUWWATAILA BILLAH".
Berkata Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari dalam Kitab Hikamnya;
Bagaimana engkau akan minta upah terhadap suatu amalan yang Allah sendiri yang bersedekah amal itu, atau bagaimanakah engkau minta balasan atas Sidiq/keikhlasanmu, padahal Allah sendiri yang memberi hidayah keikhlasan itu kepadamu.
Maka tidak munasabah sekali jika kita meminta sesuatu balasan kepada orang yang telah memberikan sesuatu hadiah kepada kita. Hanya yang tidak berakal sahaja yang melakukannya. Pada sisi mereka yang berakal, mereka akan membalasi pemberian itu dengan berterima kasih kepada pemberi itu. Ini adalah kerana bersyukur di sisi orang Arifbillah ialah melihat kepada yang memberi bukan kepada apa yang diberi. Fahamilah kata-kata ini wahal orang-orang yang dikurniakan Akal !!!!.
Kata Sheikh Junaid Al-Bagdadi Rahimallahi Taala
Adalah bagi Allah itu beberapa hamba yang mempunyai Aqal yakni yang mempunyai ilmu yang memberi manfaat(Ilmu Keruhanian). Maka tatkala mempunyai mereka itu Aqal(Ilmu) maka mengamalkan ia, maka tatkala mengamalkan mereka akan ilmu itu maka jadi mereka itu ikhlas kerana Allah Taala, maka membawa ikhlas mereka itu kepada segala pintu kebajikan
Kata Ibni Ruslan di dalam risalahnya yang disyarahkan oleh Sheikh Al-Islam Zakaria Rahimallahi Taala;
Bermula semua kamu syirik yang khofi(tersembunyi) dan tiada nyata bagi tauhid kamu itu melainkan apabila kamu keluar daripada kehendak kamu di dalam berbuat ibadat itu kerana Allah Taala dan kerana menghampirkan diri kepada Allah supaya kasih Dia akan engkau.
Kata Muhammad bin Said Al-Maruzi Rahimallahi Taala;
Bermula segala pekerjaan agama itu sekeliannya kembali kepada dua asal iaitu;
Pertama perbuatan itu daripada Allah Taala dengan dikau
Kedua perbuatan daripadamu bagi Allah Taala.
Maka sayugianya redho engkau akan sesuatu yang diperbuat oleh Allah dengan dikau. Hendaklah engkau ikhlas kerana Allah di dalam amal yang engkau perbuat akan Dia. Maka apabila engkau perbuat dua perkara ini nescaya engkau dapat bahagia dan kemenangan di dalam dua negeri yakni dunia dan akhirat.
Akhirnya, kiranya perlu dikutipkan penjelasan dalam kitab Hikam, karya Syeikh Ibnu Atha'illah, tentang tingkat kedudukan seorang hamba dalam amal perbuatannya.
Ada dua golongan tingkat kedudukan seorang hamba ahli ikhlas, yakni hamba Allah yang abrar dan yang muqarrabin.
1) Keikhlasan seorang abrar adalah apabila amal perbuatannya telah bersih dari riya, baik yang jelas maupun yang samar. Tujuan amal perbuatannya selalu hanya pahala yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang ikhlas. Dan ini terambil dari ayat, "Iyyaka na' budu" (Hanya kepada-Mu kami menyembah, dan tiada kami mempersekutukan Engkau dalam ibadatku ini kepada sesuatu yang lain).
2) Adapun keikhlasan seorang muqarrabin ialah menerapkan pengertian kalimat, "La haula wala quwwata illa billah" (Tiada daya dan kekuatan untuk berbuat apa pun kecuali dengan pertolongan Allah Azza wa Jalla). Ia merasa bahwa semua amal perbuatan semata-mata karunia Allah kepadanya, sebab Allah yang memberi hidayah dan taufik. Ini terambil dari ayat, "Iyyaka nasta'in" (Hanya kepada-Mu kami mengharap pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya).
Amal orang abrar dinamakan amal Lillah, yaitu beramal karena Allah. Sedang amal muqarrabin dinamakan amal Billah, yaitu beramal dengan bantuan karunia Allah. Amal Lillah menghasilkan sekadar memperhatikan hukum lahir, sedangkan amal Billah menembus ke dalam perasaan kalbu.
Berkata Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari dalam Kitab Hikamnya;
Bagaimana engkau akan minta upah terhadap suatu amalan yang Allah sendiri yang bersedekah amal itu, atau bagaimanakah engkau minta balasan atas Sidiq/keikhlasanmu, padahal Allah sendiri yang memberi hidayah keikhlasan itu kepadamu.
Kata Muhammad bin Said Al-Maruzi Rahimallahi Taala;
Bermula segala pekerjaan agama itu sekeliannya kembali kepada dua asal iaitu;
Pertama perbuatan itu daripada Allah Taala dengan dikau
Kedua perbuatan daripadamu bagi Allah Taala.
Maka sayugianya redho engkau akan sesuatu yang diperbuat oleh Allah dengan dikau. Hendaklah engkau ikhlas kerana Allah di dalam amal yang engkau perbuat akan Dia. Maka apabila engkau perbuat dua perkara ini nescaya engkau dapat bahagia dan kemenangan di dalam dua negeri yakni dunia dan akhirat.
Seorang mursyid pernah menasihatkan, "Perbaikilah amal perbuatanmu dengan ikhlas, dan perbaikilah keikhlasanmu itu dengan perasaan tidak ada kekuatan sendiri, sedangkan semua kejadian itu hanya semata-mata karena bantuan Allah.
Hadist yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Fathul Bari 11/213 dan Muslim 4/2076,
Rasulullah,bersabda: "Wahai Abdullah bin Qois!.Maukah kamu, aku tunjukan perbendaharaan syurga ?.Aku, berkata: aku mau, wahai Rasulullah !, Rasul berkata: Bacalah: Laa haula walaa quwwata illa billah.
Niat yang baik itupun tidak akan terlepas dari dicampuri oleh sesuatu yang jahat seperti Ujub, Riya, Kasih akan dunia, takabbur serta lain-lain daripada maksiat yang di dalam hati. Sifat-sifat Mazmumah ini adalah berasal dari nafsu syahwat dan sifat-sifat basyariah(kemanusiaan)dan Kejahilan. Dalam banyak keadaan dan masa kita manusia banyak dipengaruhi oleh sifat-sifat basyariah yang memang cenderung kepada nafsu dan syahwat walaupun dalam beribadat. Ia boleh menjelma dalam berbagai-bagai wajah yang baik berupa ibadat, taat, kebajikan pada lahirnya tetapi mengandungi tujuan yang jahat dan dusta dan kadang-kadang menjijikkan. Adat kata, tanpa rahmat dan pertolongan Allah seseorang itu tidak akan terlepas dari najis riya dan syirik. Ilmu yang ada kadang-kadang malah seringkali akan tunduk pada kemahuannya. Akal pula selalu saja tewas. Inilah kenyataan yang ada pada kita manusia. Sentiasa bergelumang dengan dosa maksiat dan penderhakaan kepada Allah.
Begitu rumit, tersangat payah dan betapa halusnya soal pembersihan(ikhlas) ini. Persoalanya adalah berkisar pada hati atau jiwa kita. Benarlah kata Imam Ghazali;
"dan tidak bisa selamat dari tenggelamnya di lautan ini kecuali dengan Penglihatan dan TaufikNya dan Inayat daripadaNya."
Ini adalah kerana Ikhlas itu adalah persoalan hati kita atau jiwa kita atau ruh kita. Bagaimana halus dan samarnya pengetahuan kita tentang ruh kita begitulah juga halus dan samar ikhlas ini. Hanya mereka yang hidup cahaya mata hatinya sahaja yang mampu melihat dan menyaksikannya. Hanya mereka yang hidup ruhnya sahaja yang akan mengenali makna sebenar hakikat ikhlas ini. Hanya mereka yang memiliki Ilmu Yang Haq(Adab Tasauf)sahaja yang dapat mengkholiskan(membersih/ikhlas)amalannya. Ini adalah tujuan mereka adalah untuk membersihkan(ikhlas) hati(diri) supaya bersih Tauhid mereka.
ERTI IKHLAS
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya
Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu.
Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda.
Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.
Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ikhlas boleh rosak pada 3 kedudukan...
iaitu:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir
KEROSAKAN AWAL
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi popular." "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
KEROSAKAN PERTENGAHAN
Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
KEROSAKAN AKHIR
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.
Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.
Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi.
Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu."
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.
Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah….
3 CIRI-CIRI IKHLAS
1. Merasakan tidak ada DAYA kita,kuat kita,alim kita,rajin kita dll. Semuanya ada HIDAYAH dari Allah swt-barulah tak timbul riya dan ujub. Sebab bukan milik kita,tak malu ke nak tunjuk2 atau berasa bangga. Sebab itu milik Allah, sejadah, kopiah, baju, kain, tasbih, rumah, kipas, angin dll. Semuanya hak Allah swt. Tiba2 kita boleh solat, lepas itu dijanjikan syurga pulak. Daya hak Allah swt, syurga hak Allah swt. Jikalau sedar sebegitu, ada tanda-tanda ikhlas.
2. semua yang kita buat dan ibadat adalah kurnia dari Allah swt.
3. Sentiasa ingat keaapd Allah, semasa buat ibadat itu, sikit ke atau banyak ke. Jangan berkira2. Yang kita tahu dan sedar hanya kepada Allah swt, semasa ibadat dll itu. Kita hanya kagum dgn. :
a) wujud Allah
b) keagongan Allah
c) sempurna nya sifat-sifat Allah .
Itu saja, jadilah kita hanya TAMAK kpd Allah swt.
Insyallah, itulah ikhlas.
Ikhlas itu ialah Dari Allah, Dengan Allah, Kerana Allah, Kepada Allah....
Atas Keredhaan Allah, Dalam Rahmat Allah.....
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah....
“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka.” (Shaad: 82-83).
Orang yang tidak ikhlas adalah orang yang rugi karena hari kiamat kelak mereka tidak mendapatkan apa-apa dari amalan mereka selama di dunia, bahkan Allah –subahanahu wa ta’ala murka kepada mereka dan memberikan hukuman yang setimpal, “Dan (jelaslah) bagi mereka akibat buruk dari apa yang telah mereka perbuat dan mereka diliputi oleh pembalasan yang mereka dahulu selalu memperolok-olokkannya.” (QS. Az-Zumar: 48) . “Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” (Al-Furqaan: 23)
Wallahu'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan