Kisah Tok Janggut dan Konspirasi Freemason.
...The author of the book, Tok Janggut, Pejuang atau Penderhaka, Prof Nik Anuar Nik of Universiti Kebangsaan Malaysia uncovered the pictures tucked away in the Bodleian Oxford, England when he went there to do research. According to him, after the Tok Janggut rebellion episode,
* the British officer who documented the incident was told to destroy all records but instead these were secretly hidden and finally made their way to Oxford.
* the British exploited the Tok Janggut affair further by using their stooges in the government and forcing the palace to endorse their action.Tok Janggut was portrayed as penderhaka (traitor) to the sultan even though he had explained that he was only rebelling against the British rule.
* the prelude to the Tok Janggut uprising was the Bangkok Treaty on March 10, 1909, when Britain and Thailand agreed to share the States of north and eastern Malaya without consulting the local chiefs and the people.
* Britain took control of Kedah, Perlis, Kelantan and Terengganu while Thai took Patani, Menara, Jalor and Setol.He said that earlier, in 1902, Thai had conquered Pattani, known in the Malay world as “Serambi Mekah” (the corridor of Mecca) by ousting its last ruler Tengku Abdul Kadir Kamaruddin.
* “Sir John Anderson, the British governor of the Straits Settlement arrived at Kota Baru from Singapore on a gunboat in 1910 and forced Long Senik, local chieftain to accept and to recognise the Bangkok Treaty and in return the British recognised him as Sultan Mahmud – IV. He was given $2,000 as allowance and $4,800 annually as pension"
* “Tok Janggut went to Mecca to perform the Haj in 1914. There, he met with and received religious instructions from Sheikh Ahmad Al-Fatani who entrusted him with the task of launching a jihad (holy war) against Thai to free Pattani.“
* His enlightenment against foreign exploitation and oppression of the Muslim world was further reinforced by a fatwa (decree) issued by the mufti of Ottoman Turkey that all Muslims must fight against British direct rule. World War I began that year and Turkey took Germany’s side against Britain.
* “Alarmed, the British used every method to stop Muslims in its colonies from carrying out the fatwa. In Kelantan they forced the sultan to give a written support to the British government"
Apa yang menarik dalam artikel diatas adalah perkaitan diantara Tok Janggut, Sheikh Ahmad dan juga kerajaan Turki Uthmaniah. Sepintas lalu kita dapat membaca bahawa peperangan menentang Inggeris adalah bersifat global, ini kerana mereka menyerang Islam juga secara global.
Dalam konteks kajian tempatan pula, kejadian ini berlaku setelah kejatuhan Kerajaan Islam Siam-Kedah 1876 (sistem Khalifah juga). Fakta2 diatas juga membuktikan bahawa :
* Bangkok Treaty 1909 membuktikan siapa yang melorekkan peta baru semenanjung dan membahagikan wilayah2 Islam diantara 2 puak kafir. Siapa pula yang bersubahat mendapat laba hasil dari pembahagian itu. Cara yang sama diguna membahagi tanah palestine dan lebanon kepada Inggeris dan Francis selepas perang dunia pertama.
* British tidak akan membenarkan sebarang penentangan yang berlandaskan perang sabil dilancarkan oleh umat Islam di koloninya. Seboleh-bolehnya mereka akan memadamkan api kebangkitan Islam dan menghapuskan semua kesan bukti berkenaan Islam sehingga ke akar umbi.
* Betapa perlunya Inggeris menerapkan semangat kebangsaan @ Malayanisation yang tebal dikalangan umat2 Islam bagi memadam semangat keAgamaan yang telah difatwakan oleh Khalifah Islam Ottoman kepada semua umat Islam didunia terutama ditanah jajahannya disemenanjung. Dan penulis yakin fatwa itu tetap berjalan walaupun tewas ditangan semangat Kebangsaan Turki sendiri!
* Antara kesan2 atau hasil dari semangat kebangsaan itu adalah, perlabelan bahawa agama Islam dianggap milik istimewa sesuatu bangsa. Sebagai contoh di Turki; kerana fanatiknya siAttartuk dengan nationalisma dan terlampau antinya pada bangsa Arab, pernah disuruh tukar azan dan karangan Al-Quran ke dalam bahasa Turki! Ini kerana baginya Islam itu Arab dan Arab itu Islam. Ia satu tanggapan yang silap sama sekali, dan tanggapan yang serupa juga disemai disini. Agama Islam bukan milik mutlak sesuatu bangsa! Hari ini bangsa Arab dituduh sebagai 'pengganas' dan Barat dan Eropah mengaitkatnya pula dengan Rasullullah S.A.W dan ajaran Islam (video Fitna the Movie)...Itulah akibatnya kerana berfahaman mengikat agama kepada bangsa - sebenarnya memang itulah tujuan asal propaganda mereka. Baik, bagaimana pula dengan kes Sufiah Yusuf? (kita lihat siapa puak bebal yang melatah tak tentuhala, Pakistan ke Melayu?) Sufiah ini pakai label apa didahinya ketika mula memasuki Oxford dahulu? Dan politikus mana yang beria-ia melabelkannya begitu?
* Seterusnya, Sheikh Ahmad Fatani dalam era ini dianggap pembangkit gerakan politik ulama nusantara (WMShaghir, 2005, ms39). Beliau mempunyai hubungan erat dengan Khalifah Turki Ottoman sebelum kejatuhan mereka pada 1918 ditangan British dengan bantuan semangat Kebangsaan Arab Lawrence of Arabia. Samalah halnya di Malaya, taktik yang sama digunakan British, jangan tak percaya! (Sila baca kisah selanjutnya di WW1 Penutup Perang Sabil?)
* Untuk pengetahuan pembaca, Sheikh Ahmad Fatani juga telah diangkat sebagai seorang pemikir agong Islam dunia Melayu. Amat disegani lawan dan kawan. Pernah dihimpit Snouck Hurgonje, seorang Orientalis bagi mengorek rahsia2 berkenaan Islam. Beliau juga adalah ulama yang menganjurkan supaya Kelantan dan Pattani bergabung menentang Thai Buddha dan membentuk sebuah kerajaan Islam yang dilindungi Empayar Turki! (WMShaghir, 2005, ms49)
Oleh kerana terdapat sangkut paut Tok Janggut dan Sheikh Ahmad Fatani dalam siri penentangannya dengan Inggeris. Penulis tidak teragak untuk mengatakan perang menentang Inggeris di Malaya ini adalah salah satu cabang perang sabil yang telah digerakkan oleh Khalifah Ottoman (juga kelangsungan dari perang2 terdahulu cuma kali ini suntikan semangat dari Turki). Ia juga mengambil kira perhubungan erat diantara Sheikh Ahmad Fatani dan pemerintah Empayar Turki Ottoman.
Penulis juga tidak keberatan untuk mengaitkan gerakan Freemason secara langsung dalam hal percaturan politik dunia sebelum dan selepas perang dunia pertama. Lebih2 lagi modus operandi mereka adalah menghapuskan sistem pemerintahan Monarki yang berteraskan agama seperti yang terjadi di France (French Revolution 1789-1799), Russia Czar (1917), China Manchu (1909), India Moghul (1862), Turki Ottoman(1918) dan juga dalam konteks tempatan - di Benua Islam Siam-Kedah (1876-1909).
Dan penulis juga menaruh syak bahawa terdapat agen2 evolutionis-orientalis-zoologist yang berfahaman Freemason England yang diasas tahun 1717 (Harun Yahya, 2003, ms155) yang memainkan peranan penting mencatur agenda 'secular humanisme' mereka selari dengan perkembangan British Empire dinusantara. Buktinya, jikalau ke Penang, kita boleh dapati banyak simbol 'the compass and square' dibanggunan lama milik British. Harap2 mereka tidak memadam bukti itu hari ini...(kali terakhir penulis perasan sewaktu berkunjung ke sana ialah pada tahun awal tahun 2000. Pada masa itu cameraphone takde - camera filem pun takde, masih diperingkat awal pengkajian, boleh kenal lambangnya walaupun tidak begitu memberi tumpuan. Tumpang pulak kereta orang, segan nak suh berenti)
Yang meletakkan batu asas bagi pembinaan rumah api Hosbourg Light House di Pulau Batu Puteh 24 May 1850 juga adalah dari golongan Freemason! Oleh itu adakah ini bermakna penulis surat perlepasan (PeMangKuk SUK Johor) yang menjadi bukti utama ICJ dan penyebab kekalahan 'Gail Patani and the team' baru2 ini - adalah juga seorang Mason? Ini perlu siasatan lanjut. Lagi bukti Freemason bertapak di nusantara semenjak pada tahun 1786 : Major Masonic Event in South East Asia in 150 years)
Oleh itu secara amnya, dapat penulis simpulkan bahawa kisah perang nusantara seperti Musuh Bisik 1821, Tok Janggut, Sheikh Ahmad Fatani, Kerajaan Turki Ottoman, Kerajaan Islam Siam Kedah, Kerajaan Moghul India, aliran semangat kebangsaan disamping pengkhianatan anak tempatan, samada ada secara langsung atau tanpa kita sedari jarum itu berjalan hasil daripada gerakan terancang Freemason secara global. Apa yang pasti saat mula jatuhnya kerajaan Empayar2 Islam adalah dalam lingkungan tahun yang sama 1700 - 1900.
Mereka inilah memainkan peranan penting belakang tabir bagi memecah belahkan empayar Islam seluruh dunia. Biarpun jalan cerita dan lakonan dan karektor berbeza2 disetiap negara yang diresapinya, objektifnya tetap sama, cepat atau lambat penegak agama tauhid tetap akan di hapuskan dan dicantas secara berperingkat-peringkat biarpun kelubang cacing! Maka perhati2kanlah alam sekeliling...
Akhir kata, penulis hanya berharap pembaca melihat konteks kejatuhan empayar Islam dari sudut yang lebih luas. Daripada konteks global sehingga membawa kepada mainan politik yang terhidang didepan mata. Apa yang pasti dahulu Empayar Islam ini tersangatlah besarnya; mencakupi dari Mekkah Al Mukarammah sehingga ke serambinya - Pattani Darussalam! Berhubungkait pula diantara satu sama lain - iaitu titisan dari Bani Hasyim! Yang tinggal hari ini hanya puing-puingnya sahaja, bayangkan...
Semoga dengan sedikit input yang tidak seberapa dari penulis ini akan membuatkan tunas baru tumbuh segar dan cepat lah pula merebaknya...sama-samalah kita berdoa ke arah kebaikan.
Nota tambahan:
Maharaja China Manchu memerintah Qing Dynasty (1641-1911) boleh membuktikan penglibatan mereka membantu tentera Syed Alang Alaudin menyekat kemaraan Thai dan British dalam peperangan dalam lingkungan tahu 1800-1900. (Penulis tidak mahu meletak tarikh secara detail untuk menggambarkan secara kasarnya sahaja).
Kita mesti mengambil kira saat serangan Barat terhadap Manchu dalam Peperangan Opium 1842 telah melemahkan kerajaan Manchu dari dalam. Terdapat juga beberapa siri pemberontakan dari dalam berikutan daripada itu:-
"The leader of the rebellion, Hong Xiuchuan, considered himself a Christian and saw himself as the son of God ordered to save the world. His movement was for sharing wealth, for land distribution and for the Ten Commandments. It favored chastity and an end to foot-binding for women and was opposed to opium smoking. It swept across central-eastern China, intending to drive away" Manchu demons" and rival faiths - the rebels destroying Buddhist and Taoist temples. Chinese intellectuals sided with Manchu rule rather than Hong's rebellion. And Christian missionaries rejected Hong's movement, seeing Hong's views as heretical and his movement as an infringement on their own moves to Christianize.(http://www.fsmitha.com/h3/h38china.htm)
Penulis berpendapat oleh kerana terdapat banyak serangan dan racun dari dalam, akhirnya membawa kepada 'downfall' kerajaan Maharaja Manchu di akhir tahun 1900. Ini dapat dijadikan alasan kukuh menyebabkan bantuan tidak dapat diberikan kepada negara2 Sahabat seIslam dirantau ini. Begitu juga dengan kerajaan Turki Ottoman seperti yang telah diceritakan pada awal slot ini.
Dalam petikan diatas-kita lihat bagaimana permainan politik Inggeris yang meletakkan kambing hitam -Hong Xiuchian (dari kumpulan Dr Sun Yat Seng?) untuk memberontak menghancurkan "Manchu Demons - rival faith - the rebels destroying Buddhist and Taos temple" .(iya ke atau Manchu demons itu refer kepada Islam?) dan pihak missionary christian menafikan penglibatan mereka dalam hal itu, kerana dikatakan bertentangan dengan cara Christian, waa banyak cantik muka?Jadi, siapa lagi punya kerja kalau tak si Masonbebas? Dalam hal ini puak2 kafir ini sama sahaja!
(Sun Yat-sen pula adalah seorang christian yang menjadikan Penang dan Singapore sebagai pengkalan melancarkan dakyah revolusi Kuonmitang. Dia juga mengatakan bahawa "The role that overseas Chinese in Southeast Asia played during the 1911 Revolution was so significant that Sun himself recognized "Overseas Chinese as the Mother of the Revolution")
Kita mesti berpegang pada peringatan ini " Tidak akan aman Yahudi, Nasrani dan Majusi selagi kamu tidak mengikut agama mereka"! Setahu penulis sejarah telah membuktikan yang Nasrani dan Majusi akan saling berganding bahu menghancurkan Islam. Oleh itu teks diatas perlulah dilihat dalam konteks propaganda putar belit sejarah. Fikir dengan kritis apa yang tersirat!
Kemudian:-
"...They ratified the treaties that had been made with the Europeans, and they tried appeasing the Chinese by putting more Chinese rather than Manchus in positions of authority."(http://www.fsmitha.com/h3/h38china.htm)
Ini membuktikan tahkta Kerajaan Manchu telah sedikit demi sedikit dihapuskan pengaruhnya dengan memasukkan orang China dalam kedudukan penting kerajaan. Ini menunjukkan orang China dan Manchu bukan dari golongan yang sama walaupun satu benua! Tak percaya? Cuba lihat contoh dari dekat - Hai San dan Gee Hin pun berperang sesama mereka!
Seterusnya:-
"Prince Kong, in partnership with Cixi, modernized the Manchu army, and he enlisted Westerners against the Taiping rebellion. Some 600 cities had been overrun by the rebels. In the city of Shanghai, Western commercial interests had grown, and there the Westerners sided with Manchu rule. The Westerners financed a pro-Manchu army, which was led by a U.S. citizen, Fred E. War. When he was killed in 1862 an Englishman, Charles G. Gordon, an evangelical Christian, took charge, and he captured many cities for the Manchu. The Taiping rebellion was crushed by 1864, the Manchus suppressed more rebels in 1868, and in 1873 they defeated rebellions among Muslim tribes in Yunnan and Guizhou provinces."(http://www.fsmitha.com/h3/h38china.htm)
Kita lihat diatas, apabila pimpinan kerajaan Manchu yang sudah dipenuhi dengan orang China dan mula menerima pengaruh Inggeris, mereka akhirnya ditentang oleh pejuang-pejuang muslim. Pergolakan itu samalah seperti mana raja-raja melayu menghancurkan pejuang2 agama seperti Tok Janggut disemenanjung ini.
Nampak kaitan dan persamaan jalan ceritanya? Konspirasi siapa?
Rujukan:
Harun Yahya, 2003, Global Freemasonry, Global Publishing, Istanbul
Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah, 2005, Syeikh Ahmad Al-Fatani Pemikir Agung Melayu Dan Islam Jilid 1, Khazanah Fataniyah, KL.
Taiping Rebellion and Second Opium War (accesed 090608);
Segala yang tertulis dalam slot ini adalah gambaran secara MAKRO terhadap senario yang berlaku pada waktu dan ketika itu. Banyak lagi sebab yang memungkinkan Kedah kalah perang.
Malah bukan sahaja Kedah, tetapi Turki, Moghul, Mancu, Syarif Hussein dan lain2 negara yang bertunjangkan Islam. Ini adalah perang Global...perancangan siapa pula?
Yalah, kena bom tu satu hal lah jugak, nama pun perang...
Antara alasan kalah bolehlah juga disabitkan dengan:
a. Pengkhianat agama.
b. Bantuan tak sampai
c. Kelengkapan musuh lebih hebat
d. Taktik dan strategi musuh lebih teratur
e. Sumber kewangan terhad dsb.
Kenapa Islam diserang disegenap penjuru dunia, dan selepas WW1 siapa yang kontrol sistem dan order baru dunia? Harap pembaca semua nampaklah...
Jadi, kesimpulannya, perperangan yang berlaku disini bukan perang Nasionalis...dan ulama2 itu berperang dibawah panji2 Islam dibawah Kerajaan Siam Islam Kedah...dari pemerintahan Syarif Abu Bakar, Sultan Muzaffar, Syed Alang Alaudin sehinggalah yang terakhir Sultan Long Jaafar Mudazam Syah 1876...
Cerita Maharaja Islam inilah yang telah dipadamkan dari sejarah negara kita...dan siapa yang bikin sejarah moden kita? Sapa lagi kalau tak freemason dan agen2nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan