Sabtu, 17 Oktober 2009

TERJAH : SILA AMBIL PERHATIAN..KENAPA KUNCI KERETA DARI DALAM??

MUNGKIN anda pernah mendengar cerita ini, terbaca di mana atau mendapat e-mel daripada rakan.

Saya tidak tahu sejauh mana kesahihan cerita ini, tetapi selepas mendapat satu e-mel daripada rakan, pendirian saya sekarang ialah lebih baik berhati-hati daripada menggigit jari.

Ini kisah mengunci kereta dengan menggunakan alat kawalan jauh (remote control).

Katanya, alat untuk membaca isyarat kawalan jauh kunci kereta anda dibuat di China yang kini telah sampai ke negara jiran kita. Kebanyakan kereta hari ini dilengkapi dengan kunci kawalan jauh yang memudahkan kita.

Tetapi menurut e-mel kawan saya itu, kalau hendak selamat apabila di negara jiran (mungkin tidak lama lagi di negara kita juga), lebih baik mengunci kereta dari dalam.

Ini kerana apabila anda menggunakan alat kawalan jauh untuk mengunci kereta, alat itu akan mengeluarkan isyarat yang dapat dibaca oleh satu lagi alat yang dipegang oleh bakal pencuri yang mungkin bersembunyi di semak atau belakang tembok. Mungkin juga pemandu yang sedang duduk dalam kereta di sebelah kereta anda!

Anda mungkin tidak menyedarinya. Siapalah yang akan mengesyaki apa-apa kan? Tetapi alat yang digunakan penjenayah itu dapat membaca isyarat yang dikeluarkan oleh alat kawalan jauh dari kunci anda dan merakamkannya.

Anda tinggalkan kereta untuk seketika sahaja dan apabila pulang, kereta anda telah digeledah dan barang-barang berharga hilang.

Hanya beberapa minit sahaja yang diperlukan untuk melakukannya.

Kalau anda kurang bernasib baik lagi, pencuri yang sudah canggih sekarang boleh menghidupkan sekali enjin kereta anda dan cabut lari.

Tetapi jika anda mengunci pintu dengan menekan butang kunci pada pintu kereta anda dari dalam, tiada sebarang isyarat yang dikeluarkan.

Saya belum lagi dapat mengesahkan hal ini, tetapi seperti yang saya katakan tadi, lebih baik berhati-hati sebelum menggigit jari.

Kunci kereta dari dalam tanpa menggunakan alat kawalan jauh. - source




Tiada ulasan:

Catat Ulasan