Khamis, 8 Oktober 2009

TEKNIK MENGENAL PASTI CALON YANG BERAGAMA

Bismillahirahmannirahim..

bagaimana memilih calon...
hebat soalan ini...

adakah dari segi solatnya...
adakah dari segi zakatnya...
adakah dari segi puasanya...
adakah dari segi hajinya...

semua mampu mengucap 2 kalimah syahadah...
tapi adakah dihati turut mengucapnya...

begitu juga sembahnya...
zakatnya puasanya hajinya...

sesungguhnya Allah berfirman...
lelaki yang baik...
untuk wanita yang baik...
lelaki yang jahat...
untuk wanita yang jahat...

jika engkau mengatakan calon mu itu jahat...
cerminlah diri...
adakah diri ini baik...

Kita telah sedia maklum bahawa Islam menyarankan mencari pasangan hidup yang beragama dan berakhlak baik. Namun, bagaimana cara mengenal pastinya? Bagaimana seorang lelaki atau wanita itu dikategorikan sebagai seorang calon yang beragama ? Adakah cukup sekadar rajin ke masjid dan rajin mendengar kuliah agama?

Sebenarnya ia amat mudah. Dengan hanya melihat kepada pengetahuan fardhu ain seseorang, kita sudah boleh membuat kesimpulan sama ada beliau tergolong di dalam golongan orang yang beragama atau sebaliknya.

Malangnya, ramai mengambil mudah frasa “fardhu ain.”

Iman Al-Ghazali telah membahagikan ilmu fardhu ain kepada dua kategori.

Pertama, ilmu berhubung cara pelaksanaan ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ilmu ini ramai yang tahu, ramai yang amal. Ada juga yang tidak tahu dan sedang berusaha memperbaiki diri.

Kedua, ilmu berhubung cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela di dalam hati seperti rasa tamak, dengki, marah tak bertempat, riak, ujub dan sebagainya. Menurut Imam Ghazali, “Menghilangkan sifat-sifat itu adalah fardhu ain dan tidak dapat mungkin menghilangkannya melainkan dengan mengetahui batas-batasnya, sebab-sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya.” [1] Ilmu ini ramai yang tidak mahu ambil tahu. Jika ada pun, ia tidak dianggap sebagai fardhu ain.

Justeru, wujud masyarakat Islam yang bersolat, berpuasa, tetapi masih melakukan maksiat. Thats why laa ..
Jadi, buka mata kita. Apabila kita melihat seseorang yang suka mengumpat, berdengki, bercakap sombong dan sebagainya, ini menunjukkan beliau belum lagi mempunyai pengetahuan fardhu ain yang lengkap.
Seseorang yang tidak lengkap ilmu fardhu ainnya, sudah tentu tidak mempunyai asas agama yang kukuh. Apabila asas agama tidak kukuh, maka beliau bukanlah calon pasangan hidup seperti yang disarankan oleh nabi s.a.w.
Untuk itu, sama-samalah kita belajar teknik untuk bermujahadah dengan nafsu diri, kerana ia sebahagian daripada perkara yang perlu kita ketahui. Ia adalah fardhu ain.
Antara kitab-kitab yang menyatakan teknik-teknik ini adalah Bimbingan Mukminin. Kitab ini ringkasan daripada kitab Ihya Ulumuddin yang telah disaring dan disemak semula oleh para ulama.
Tassawuf Moden karangan Professor HAMKA juga membincangkan teknik-teknik ini dari perspektif masyarakat Islam moden.
sesungguhnya hanya Allah boleh menilai seseorang...
bukannya manusia...

Wallahu’alam.

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan