LUAH DENGAN BERADAB
Dr Robiah Kulup Hamzah, pakar motivasi RKH Motivasi Services Sdn Bhd
menyatakan wanita memang wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara beradab.
Ia merujuk pada kisah Siti Khadijah r.a yang meminang rasulullah S.A.W. Jika masa dulu masyarakat kita dahulu mengangap wanita memikat lelaki dikatakan perigi cari timba, tetapi pada zaman sekarang kata bidalan itu tidak begitu sesuai kerana kini ramai wanita yang sudah berkerjaya, berfikiran terbuka dan punyai kedudukan.
Sekiranya wanita mengambil langkah pertama untuk mendekati si lelaki, maka ia mengurangkan masalah lambat kahwin atau skandal yang tidak halal.
Apa bila timbul perasaan atau desakan mencari pasangan, gunakanlah adab-adab yang baik termasuk penggunaan bahasa yang sesuai, cara penyampaian ayng baik, suasana persekitaran dan penampilan diri menarik. Contohnya, jika anda suka dengan teman sepejabat, tidak perlu terlalu terbuka sehingga orang yang disukai rasa terkejut dan menggelabah.
Elakkan perangai mabuk cinta seperti perbuatan merayu dan memujuk agar lelaki itu menerima cinta anda. Ataupun dia sanggup datang ke rumah lelaki itu demi menunjukkan dia benar-benar sukakannya. Kena ingat, tidak semestinya anda cakap suka, orang itu boleh terima. Oleh itu jangan terlalu mengharap.
Dr. Robiah menyatakan apabila cinta itu ditolak, jangan rasa malu, rasa terhina atau rendah diri. Anggaplah ianya normal. Bersabarlah, beristiqamah dan jangan putus asa. Mungkin pertama kali ditolak tetapi usaha kedua atau seterusnya mungkin berjaya. Orang yang jenis pemalu dan lembut tidak kira lelaki ataupun perempuan yang tidak berani bersemuka boleh minta pihak ketiga untuk mencantumkan dua hati. Cumanya
orang ketiga itu hendaklah orang yang boleh dipercayai, pegang amanah, berwibawa, ikhlas dan bukannya secara rasuah.
Cara menggunakan SMS dan surat layang pun boleh digunakan untuk menyampaikan maksud hatinya. SMS merupakan medium yang paling berkesan, cepat dan rahsia. Cumanya perlu berhati-hati dengan penggunaan perkataan supaya wanita itu tidak menampakkan mabuk cinta dan imej peribadi murahan.
Untuk memilih pasangan, pilihlah yang lelaki mempunyai personaliti yang baik dan diyakini. Wanita perlu lihat kekuatan diri dan buat kajian terhadap orang yang disukai sebelum melontarkan perasaannya. Mungkin apabila sudah mengenali lebih dekat, wanita itu tidak suka atau berasa tidak serasi dengan personaliti lelaki itu sebenarnya.
Terdapat 3 jenis cinta iaitu:
1. Cinta nafsu.
Lelaki menyukai wanita kerana kecantikan fizikal.
2. Cinta nak guna
Llelaki mahukan wanita itu kerana kedudukan, kecantikan untuk kepentingan dirinya.
3. Cinta ikhlas
Datang dari hati. Cinta ikhlas ini mewujudkan perasaan debar dan ada kalanya berpeluh-peluh apabila berjumpa, tidak berani bertentang mata dan perbuatan menjadi tidak tentu hala. Ini kerana wujudnya getaran antara dua jiwa.
JANGAN TERLALU MENUNJUK
Dr Ridzuan Noor, pakar terapi aura dan pengasas Aura Harmoni berpendapat sebelum meluahkan perasaan cintanya, wanita perlu lihat pihak lelaki itu. Tidak salah jika wanita memulakan langkahnya memikat lelaki yang disukai kerana ada orang yang tidak tahu dirinya diminati atau tidak berani mengemukakan perasaannya.
Bagi saya, wanita boleh menyatakan perasaannya tetapi tidaklah sehingga dirinya nampak murahan. Kita masih berpegang kepada budaya ketimuran iaitu wanita punya sikap malu dan lemah lembut. Apabila suka dengan si dia, janganlah terlalu menunjuk sangat sebaliknya jaga imej dan maruah diri. Tidak semestinya wanita perlu mulakan bicara cinta agar lelaki itu tahu perasaan yang bersarang di hatinya.
Sebaliknya wanita boleh menggunakan pendekatan seperti mengambil berat dan menunjukkkan kecenderungan minat yang sama terhadap lelaki itu. Apabila sudah rapat dan minda jadi terbuka, lalu mudah untuk bercakap dari hati ke hati. Wanita yang ditolak cintanya perlu berfikiran positif. Biarpun tidak menjadi pasangan, teruskan perhubungan sebagai rakan. Secara tidak langsung lelaki itu akan hormat kepada wanita yang bersikap matang. Mungkin satu hari nanti lelaki itu terbuka hati untuk menerima wanita itu. Hati manusia bukanlah hati batu, lambat laun ia akan cair juga. Jika ada jodoh, tidak kemana, ujar Dr Ridzuan.
Kebanyakan lelaki tidak memilih pasangan disebabkan kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak akan kekal. Mereka lihat wanita dari segi hati budi dan sikap. Kita kenal dia cara matang dan bukannya cinta monyet. Biarlah perkahwinan yang dibina berkekalan. Lelaki yang matang akan memilih wanita dari segi personalitinya. Kita perlu faham untuk memikat seseorang untuk sementara atau selamanya.
Lelaki biasanya terpikat kepada wanita yang lemah lembut, berbudi bahasa, pemikiran matang. Wanita jenis ini boleh dijadikan kawan dan kekasih. Jika lelaki itu terpikat dengan wanita kerana seksinya, lama kelamaan ia akan menjadi seksa. Ini kerana suami tidak suka isterinya kelihatan seksi di luar rumah. Ia boleh menimbulkan penceraian, ujar Dr Ridzuan yang turut menyatakan selain fahami kelebihan dan kesukaan lelaki itu, wanita perlu minta hajatnya kepada Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan