KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan satu tawaran hebat buat golongan muda.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor mendakwa, pengumuman itu merupakan suatu langkah yang baik dan positif bagi membela kebajikan golongan muda yang ramai mereka terbeban dengan pinjaman PTPTN
“DPPM menyambut baik pengumuman pemimpin pakatan untuk mengantikan PTPTN dengan pendidikan percuma,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Riduan seterusnya mendakwa, ramai graduan tersepit dengan arahan pembayaran balik PTPTN yang memeritkan kerana ada yang masih belum dapat pekerjaan dipaksa menjelaskan hutang PTPTN.
Justeru, katanya, pakatan pembangkang akan memastikan bahawa pendidikan percuma kepada rakyat tidak akan menjadikan negara muflis.
Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan pemimpin pembangkang berjanji akan memastikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti, sekali gus memansuhkan keperluan untuk PTPTN.
Janji tersebut bagaimanapun dikritik ramai pihak termasuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berkata, kerajaan yang baik tidak akan menabur pelbagai janji yang tidak mampu ditunaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan