Amir, 27, anak kepada seorang ibu yang lumpuh yang dilapor akhbar meninggalkan ibunya di hotel bajet tempoh hari. Beberapa hari selepas itu, Amir tampil membuat penjelasan bahawa dia di tahan di wad kerana sakit mata dan tidak berniat untuk meninggalkan ibunya di situ.
Laporan akhbar hari ini menyampaikan berita gembira buat Amir dan ibunya apabila anaknya itu ditawarkan kerja baru bagi menggantikan kerja hakikinya sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta.
Tawaran tersebut diberikan oleh seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman, semalam. Dia turut ditawarkan sebuah rumah sewa sudah di bayar sewanya selama setahun untuk tinggal bersama ibunya. Alhamdulillah, kan best kalau CEO-CEO syarikat baik hati seperti ini dan ambil anak-anak yang masih menganggur di luar sana tanpa perlu interview yang bias.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan