LONDON: Carlos Tevez kembali menyengat apabila membantu jaringan kemenangan Manchester City 2-1 ke atas Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
Tevez yang mencetuskan kontroversi kerana enggan beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Eropah awal musim ini, membantu gerakan dengan mengumpan bola kepada Samir Nasri pada minit ke-85 bagi gol kedua City.
Sebelum itu Sergio Aguero menyempurnakan penalti pada minit ke-77 untuk gol penyamaan City selepas Garry Cahill membuka jaringan awal Chelsea pada minit ke-59.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan