Khamis, 22 Mac 2012

Arsenal Pintas Spurs Di Tangga Ketiga Liga

LONDON: Arsenal berjaya memintas Tottenham Hotspur di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Everton 1-0 di Goodison Park, awal pagi tadi. 

Skuad bimbingan Arsene Wenger itu merampas kedudukan Spurs di tanggak ketiga liga sejak tiga bulan lalu apabila Spurs hanya seri 1-1 dengan Stoke di White Hart Lane. Gol tunggal Arsenal dihasilkan oleh Thomas Vermaelen pada awal minit keenam permainan selepas mendapat hantaran sudut oleh Robin Van Persie.


Namun perlawanan itu mencetuskan kontroversi apabila Everton berjaya menyamakan kedudukan menerusi Royston Drenthe, namun ia tidak dibenarkan pengadil kerana berkedudukan 'offside'. - AFP 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan