Isnin, 12 Mac 2012

Pertempuran Mujahiddin Chechnya Dan Tentera Boneka Russia..5 Syahid


Sepertimana yang dilaporkan oleh laman rasmi Mujahiddin Chechnya, www.kavkazcenter.com, pertempuran yang berlanjutan selama 15 hari(2 hingga 17 Februari 2012) antara tentera Mujahiddin dan tentera boneka Russia(pimpinan presiden boneka, Ramzan Kadyrov) telah mengorbankan 5 orang tentera Mujahiddin Chechnya dan 21 orang tentera boneka Russia. 
Manakala 24 tentera boneka Russia yang rata-ratanya adalah muslim Chechnya cedera parah.

Ramzan Kadyrov terkenal sebagai seorang yang suka berfoya-foya dan sekutu rapat dengan Vladimir Putin.
Pertempuran ini mengorbankan tentera Mujahiddin pimpinan Emir Maharbidan beliau sendiri turut syahid dalam pertempuran yang berlangsung di daerah Nozhai-Yurt.
Emir Maharbi
Di bawah adalah rakaman video terbaru Mujahiddin Chechnya. Sekumpulan Mujahiddin Chechnya yang memanaskan badan dengan unggun api langsung tidak kelihatan ketakutan miskipun musuh berada 10 meter di hadapan mereka.
Mereka masih boleh berjenaka sambil menyindir tentera boneka Russia yang terdiri daripada mereka yang patuh kepada si zalim Ramzan Kadyrov. Mujahiddin kedengaran bebicara mengenai keinginan mereka untuk ke syurga(moga-moga Allah swt anugerah pahala syahid kepada mereka semua) dan mengajak pemuda-pemuda Chechnya supaya bangkit ke medan jihad.
Minit-minit terakhir rakaman menunjukkan beberapa tentera Mujahiddin yang terkorban termasuk Emir Maharbi(moga-moga Allah anugerahkan pahala syahid kepada beliau). Seorang lagi tentera Mujahiddin menyandar di sebalik pokok dengan perutnya kelihatan terburai akibat peluru tentera hamba Russia laknatullah.
Mungkin mereka tiada senjata yang canggih namun semangat dan tekad mereka yang cintakan syahid telah mengentarkan hati setiap tentera musuh. InsyaAllah, satu hari nanti Chenchya bakal menjahanamkan tentera zalim Russia. Sama-sama kita doakan keselamatan kepada saudara kita di Chechnya. -kredit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan