Khamis, 8 Mac 2012

Jadual Gaji Minimum - Maksimum Ganti Struktur Gaji SSM


Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jadual gaji yang diubah suai itu menyaksikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.
Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.
Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54. 

Pelarasan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini.

Najib mengumumkan perkara tersebut ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Jadual seperti di bawah:-

Kumpulan Pelaksana Gred 1 - 54 = 13%
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional = 13%
Kumpulan Gred Utama C,B,A = 9%
Gred Turus 2 dan 3 = 8%
Gred Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara = 7 %

Tiada ulasan:

Catat Ulasan