Mangsa dikenali sebagai Fazlina Amad, 39, dipercayai dalam proses bercerai dengan suaminya ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila mayatnya dibungkus dengan cadar dan disumbat dalam almari baju di tingkat atas bilik utama rumah teres dua tingkat itu.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa jam 1 tengah hari dari rakan baik mangsa yang sering berhubungan dengan mangsa.
Bagaimanapun, apabila panggilannya tidak dijawab, rakan mangsa yang bimbang membuat laporan polis.
Sejurus menerima maklumat itu, katanya pihak polis memeriksa rumah mangsa dan menemui mayatnya dalam sebuah almari berbungkus kain cadar jam 9 malam.
“Mangsa dipercayai mati dalam tempoh kurang 24 jam dan meninggalkan anak perempuan berusia 5 dan 7 tahun,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, mangsa dipercayai mati antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Ketika kejadian, pembantu rumah bersama anak mangsa di rumah keluarga lelaki dan pasangan suami isteri itu dalam rumah berkenaan.
Difahamkan ketika ditemui mulutnya ditampal pita pelekat dan dalam keadaan separuh bogel.
Sementara itu, menurut sumber mangsa mengalami masalah rumah tangga kerana suaminya dipercayai menjalin hubungan dengan wanita lain dan mereka sering dilihat bergaduh.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Polis mencari suami mangsa yang menghilangkan diri untuk membantu siasatan.
********
Nauzubillah...
Moral : APABILA KASIH TERHENTI.
Beginikah sudahnya? Manusia yang mencipta peradaban sering kali tersasar dan hilang adab itu sendiri. Malah bukan sekadar adab, akal juga turut terhakis dan bertukar watak menjadi raksaksa nafsu yang kejam.
Kala cinta membuak sampai tumpah kelantai, hati lembut dan akal juga tumpul untuk memikirkan apakan jadi, jika ada sesuatu yang tidak lagi, menjadikan kasih bertaup rapat. Lalu bila masalah timbul jalan penyelesaiannya sangat tragis. Hanya satu detik dan detik itu tidak akan terjadi jika saat itu akal dan iman jalan seiring. Tapi yang terjadi ialah akal dikuasai nafsu amarah dan dendam, maka hasil kerja darinya adalah kemusnahan.
Bukankan itu dulu jasad yang dipeluk kerana kasih dan sayang?
Hari ini wajah itu meletuskan gunung amarah dan ledakkanya membawa kematian
Yang menjadi mangsa keadaan dan kekal ‘cacat’,. pastinya emosi adalah anak-anak.
Dikanan ibu yang telah mati dibunuh dan dikiri ayah yang menjadi pembunuhnya.
Hasil kepincangan ini mungkin sahaja akan membekas dan tidak mustahil ia akan berulang pula..diulangi oleh anak-anak yang terluka dan ingin membersihkan bekas luka itu dengan satu lagi siri tragis..
Bila kasih telah terhenti. Akal turut mati, nafsu amarah menguasai, jiwa berputar benci, jalan muzakarah bukan lagi pilihan hati, tapi kematian itu yang menjadi bukti.
Marilah kita betulkan yang biasa DAN BIASAKAN YANG BETUL
~Ummi Nur Jannah~
1841.01012010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan