Rasulullah s.a.w wafat pada hari Isnin di bulan Rabi Awwal di tahun 11 hijrah. Tetapi ada perselisihan di hari Isnin yang mana satu. Baginda wafat dengan tidak meninggalkan wasiat siapakah yang akan menjadi wakil beliau (khalifah) untuk menjaga urusan umat yang baru terbentuk. Inilah pandangan majoriti yang dipertikaikan oleh puak Syiah. Dalam Tarikh al-rusul wal muluk al-Tabari memasukkan laporan ini dari Ibn Abbas: Beberapa hari sebelum baginda wafat dan dalam keadaan sakit kuat baginda meminta sesuatu untuk menulis agar umatnya tidak sesat selepas ini (atuni aktuba kitaaban la tadhallu ba’di abadan.) Para sahabat yang hadir bertelingkah. Kerana tidak sopan bertelingkah di depan Nabi, mereka keluar. Ada yang berkata: ‘Apa halnya dengan dia? Meracau! (ahjara). Mari kita tanya.’ Mereka kembali kepada Rasullah dan mengulangi pertanyaan.” Nabi menjawab: ‘Tinggalkan aku. Keadaan aku sekarang adalah lebih baik dari apa yang kamu sebutkan.’ Al-Tabari juga melaporkan tentang Ibn Abbas menangis dengan air mata mengalir dipipinya bagaikan rantaian permata kerana mengingatkan para sahabat yang ingkar dengan permintaan Rasulullah: “Hari Khamis, ah! Hari Khamis! Rasulullah meminta ‘ Bawakan aku papan (lawh) dan dakwat, atau tulang bahu (katif) dan dakwat agar aku boleh menulis untuk kamu wasiat (kitabaan) supaya kamu tidak sesat selepas ini.’ Tetapi para sahabat menyangka Rasulullah meracau (yahjur) .”
Menurut Ibn Abbas Rasulullah meninggalkan tiga wasiat. Sabda baginda: “Usir musyrikin dari Jazirah Arab, beri hadiah kepada delegasi yang datang seperti yang aku lakukan.” Tetapi Ibn Abbas mendiamkan diri tentang wasiat ketiga. Dia mengatakan dia lupa.
Apakah wasiat ketiga itu?
Bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan