Jumaat, 29 Januari 2010

PAS Anggap Bakar Surau Kerja Orang Tak Siuman


PAS menganggap mereka yang membakar Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting di Muar pagi semalam sebagai orang yang gila dan tidak siuman.
“Orang yang waras akan datang ke surau itu untuk beribadat. Jika bukan Islam, mereka tidak juga tidak akan bertindak sedemikian kecuali sudah hilang pertimbangan sebagai manusia yang normal,” kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilaporkan berkata punca kebakaran di kedua-dua surau itu masih dalam siasatan dan dianggarkan setiap satu surau tersebut mengalami kerugian kira-kira RM300.
Sehubungan itu, PAS mengingatkan agar pihak-pihak yang cuba menimbulkan provokasi dengan membakar rumah-rumah ibadat supaya menghentikan perbuatan bodoh mereka itu.
“Mereka sepatutnya berusaha untuk hidup dengan aman tanpa menyusahkan orang lain.
“PAS mahu kes ini disiasat segera oleh pihak polis dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.
PAS juga, katanya, mengesa jentera penerangan dan dakwah, bersama lajnah perpaduan nasional, mengiatkan ceramah penerangan bersama rakyat serta dialog bagi memberi penjelasan berhubung isu nama Allah serta memperkukuhkan semangat muhibbah kalangan rakyat pelbagai kaum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan