Khamis, 7 Januari 2010

Lelaki Ludah Mayat Ibu

GENEVA: Seorang lelaki Itali didenda selepas meludah mayat ibunya, semalam.

Ketika memberi keterangan di mahkamah, lelaki itu mendakwa meludah mayat di bilik mayat utara Switzerland kerana terlalu bencikan ibunya yang sering memukulnya ketika beliau kanak-kanak.

Mahkamah Switzerland menjatuhkan denda RM1,310 terhadap lelaki berusia 31 tahun itu kerana mengganggu ketenteraman mayat itu.

Beliau turut dihukum penjara tertangguh 180 hari atau denda RM294 sehari.

Tertuduh berhak memilih sama ada membayar keseluruhan denda atau menjalani hukuman penjara.

Namun, jika berkelakuan baik lima tahun, kedua-dua hukuman akan lupus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan