Sabtu, 2 Januari 2010

Sifat Kasih Sayang Rasulullah S.A.W

Selawat dan salam buat Nabi Junjungan kita Muhammad SAW serta para sahabat dan kaum keluarga baginda~

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Seseorang yang tidak mempunyai perasaan kasih sayang kepada orang lain,maka orang itu tidak layak mengharapkan kasih sayang daripada orang lain untuknya"

-Rasulullah SAW pernah berpesan lagi,sabda baginda yang bermaksud :
"Kasihanilah orang yang dibumi,nescaya penduduk di langit akan
mengasihanimu"


-Rasulullah meringkaskan sembahyangnya apabila ada anak kecil menangis,supaya si ibu yang berjemaah dapat menguruskan anaknya itu.

-Pernah Rasulullah SAW mengubati seekor ayam yang sakit.Baginda juga menggunting sebahagian serbannya yang sedang ditiduri oleh seekor kucing.

-Rasulullah SAW sangat menyayangi kanak-kanak.Baginda berpesan didalam khutbah wida' yang bermaksud:
"Berilah mereka (kanak-kanak) makanan daripada apa yang kamu makan,dan berilah mereka pakaian daripada apa yang kamu pakai.Allah SWT menjadikan mereka dibawah penguasaan kamu,dan bila Allah SWT kehendaki maka Allah SWT dapat jadikan kamu dibawah kekuasaan mereka."

-Ada sebatang tunggul kayu yang pernah digunakan oleh Rasulullah SAW sebagai tempat baginda berkhutbah.Setelah ada mimbar yang baru,tunggul kayu itu tidak digunakan lagi.Suatu ketika kedengaran tunggul kayu itu mengeluarkan suara seperti unta mengeluh,seolah-olah sedang menangis.Sahabat-sahabat lan turut mendengar suara keluhan itu.Rasulullah SAW menghampiri tunggul kayu itu lalu memeluknya tanda sayang.Tunggul itu tidak menangis lagi.

-Baginda junjungan terlalu sayangkan umatnya.Pada saat-saat akhir hidupnya,baginda tidak putus-putus menyebut
"Ummati! Ummati!"
Di padang masyar kelak,Rasulullah SAW adalah menusia pertama yang dibangunkan dan ucapan pertama yang akan keluar dari mulut baginda ialah "Ummati,ya jibril! Ummati Ya Jibril!"

-Pada suatu peperangan,seorang sahabat meminta Rasulullah SAW berdoa dengan ALLAH SWT melaknat musuh-musuh yang menentang mereka.Jawab Baginda bermaksud:
"Sesungguhya aku diutus sebagai pembawa rahmat,bukan pelaknat"

-Sebelum ke Medan perang,Rasulullah SAW mengingatkan sahabat-sahabatnya dengan sabda baginda yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku mengetahui ada beberapa orang yang dipaksa memerangiku.Maka barangsiapa yang berjumpa salah seorang dari mereka ,janganlah dia dibunuh."

-Rasulullah SAW sangat menjaga perasaan orang lain.Pernah baginda didatangi oleh seorang lelaki yang ber bai'ah untuk turut berhijrah bersamanya.Kata lelaki itu"kedatanganku ini menyebabkan kedua ibu-bapaku menangis."
Lantas Rasulullah SAW menyambut dengan sabda baginda yang bermaksud:
"Kembalilah kepada ibubapamu.Buatlah mereka ketawa sebagaimana kamu telah membuat mereka menangis"

RASUL-Sabarnya tiada tandngan

Ulama Tasawuf membahagikan SABAR itu kepada 3 bahagian.
1-Sabar menghadapi suatu bala dan ujian dengan menjadikan Allah SWT sebagai satu-satunya tempat mengadu dan mengharap.
2-Sabar dalam melaksanakan segala titah dan suruhan Allah SWT
3-Sabar dalam meninggalkan segala larangan yang ditegah oleh ALLAH SWT.

Allah SWT menjanjikan ganjaran yang besar kepada Allah SWT kepada orang-ornag sabar itu dengan balasan pahala yang tiada terkira.
Sepertimana firmannya:

"Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (Az-Zumar:10)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan