Isnin, 11 Januari 2010

Dajjal - Tujuh Rahsia Penting..Rahsia 1.

TUJUH RAHSIA PENTING

Rahsia pertama
Piring-piring terbang itu bukan khayalan dan bukan penipuan penglihatan dan ia tidak ada kaitan dengan fenomena alam. la adalah benar. Tetapi semua intelijen antarabangsa cuba menyebarkan anggapan bahawa piring-piring terbang itu adalah satu khayalan, satu halusinasi.

Dalam satu kajian yang dijalankan dalam tahun 1973 terbukti lebnih dari 16 juta orang Amerika menyaksikan dengan mata kepala sendiri piring-piring terbang dengan jelas.Tetapi pihak CIA pula mengatakan seramai berjuta-juta orang itu, 60 peratus dari mereka membawa cerita yang amat lemah faktanya.

Pada 20hb Julai 1952 muncul satu pasukan tujuh piring terbang di atas Rumah Putih Washington. Sejumlah orang melihatnya dengan jelas. Sebuah kapal terbang penggembur diterbangkan untuk menghalang kemunculan benda itu. Tetapi semua peralatan pesawat mengalami kelumpuhan setelah dipancar sinar cahaya tajam dari salah satu piring terbang itu. Kemudian pasukan piring terbang itu menghilang dengan kadar kecepatan yang luarbiasa, bagaikan mimpi. Sejak tahun 1948, Amerika melalui Angkatan Udaranya telah meneliti dan mengkaji masalah piring terbang dan melakukan kajian objektif dan ilmiah secara rahsia dengan nama kodnya "Projek Sains". Setelah setahun, nama kod itu digantikan dengan nama "Projek Kerja Chardach seterusnya sejak tahun 1952 digantikan dengan nama Kerja Buku Biru. Projek itu dilakukan dengan berahsia sehingga Rob-ert Simans, Setiausaha Angkatan Udara Amerika, dalam tahun 1969 tiba-tiba mengumumkan secara rasmi bahawa projek Buku Kerja Buku Biru itutelah tamat. Tetapi sebenarnya ia diteruskan dengan nama kod barunya Condone mengambil sempena nama ketua pasukan penyelidik dari Universiti Colorado dan projek itu dibiayai sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Udara Amerika. Tetapi hasil dari penyelidikan itu dinyatakan bahawa piring terbang hanyalah tipuan penglihatan, khayalan dan halusinasi yang tidak ada dasar kebenarannya. Yang menambah geram bagi orang yang ada akal, serta para saksi dan para ilmuan pihak Kementerian Pertahanan Amerika iaitu Pentagon secara resmi mengatakan bahawa
benda terbang asing itu ialah:

a Pantulan cahaya matahari disebabkan awan rendah yang menghalanginya
b Mete or-meter kecil yang mempunyai kristal lalu memancarkan cahaya
c Bungkah Ais yang terbentuk akibat suhu yang sangat sejuk dan berwarna kuning emas akibat pantulan cahaya matahari.

Orang-orang Amerika sendiri tidak boleh terima keputusan yang penuh dengan pembohongan itu. Tetapi dalam diam-diam pihak tentera Amerika menyiapkan satu laporan tentang bentuk piring terbang di dalam fail penyiasatan mereka. Inilah bentuk piring terbang yang didapati:

a Fizikalnya dibuat dari logam atau bahan khas yang dapat memantulkan cahaya.
b Tidak meninggalkan bekas kecuali dalam beberapa kes tertentu ketika melakukan pusingan atau junaman tajam.
c Bentuknya bulat atau pun bujur. Bahagian bawahnya datar dan ada kubah di atasnya.
d Benda-benda ini muncul dalam formasi teratur antara tiga dan sembilan atau dalam jumlah yang besar.
e Tidak menghasilkan getaran dan ada sesetengahnya menderum.

Sebuah buku bertulisan tangan yang ditemui di Sweden telah tertulis tajuknya "Sangat Rahsia". Dalam buku itu penulis telah megumpul selama 20 tahun sebanyak 3,000 kes kemunculan piring terbang di negara-negara Scandinavia iaitu Sweden, Denmark, Norwegia, Finland dan Islandia. Kesimpulan dalam tulisan yang berupa analisis itu ialah piring terbang berupa kenyataan, hanya orang gila dan orang bodoh saja yang mengatakan ia tidak benar. Menurut tulisan itu lagi, piring terbang ini adalah sesuatu yang dirancang.

Siapakah yang merancangnya?

Kata pengarang itu: "Mereka ialah sisa-sisa bangsa yang mendiami benua Atlantik yang tenggelam, Mereka tidak mahu berhubungan dengan kita kecuali dalam lingkup yang sangat sempit.

Soalnya mengapakah orang-orang Amerika hendak merahsiakannya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan