Jumaat, 29 Januari 2010

Tunku Ibrahim Ismail Dimasyhur Sultan Johor





JOHOR BAHRU – Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam dimasyhurkan sebagai Sultan Johor bagi menggantikan ayahandanya yang mangkat kelmarin.
Istiadat pemasyhuran berlangsung di Istana Besar di sini dengan watikah pemasyhuran dibaca oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Baginda sebelum itu menandatangani watikah pelantikan pada pukul 10.15 pagi bagi menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail, 77, yang mangkat kelmarin.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan