Jumaat, 29 Januari 2010

Jenazah Sultan Iskandar Selamat Disemadikan


JOHOR BAHRU – Jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini pukul 4.15 petang semalam.
Lebih 2,000 orang menyaksikan isiadat pemakaman tersebut dalam suasana pilu, namun berjalan lancar dengan keadaan cuaca cerah sejak pagi.
Sebelum itu, jenazah baginda dibawa dari Istana Besar menggunakan pedati diraja yang ditarik oleh Pasukan Istiadat dan Pegawai Badan Istiadat Istana dengan diiringi 77 das tembakan meriam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan