Selasa, 10 Disember 2013

Pelajar SPM Berjalan Dengan Pisau Terpacak Di Leher

Seorang pembantu gerai menjual pakaian dipercayai sempat berjalan 20 meter untuk meminta tolong dengan sebilah pisau pemotong sayur masih tercacak di lehernya sebelum dia rebah dan meninggal dunia di tapak Pesta Makanan 1Malaysia di Dataran Espalanade, Bintulu semalam.


Menurut Harian Metro, Remaja lelaki berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Wan Akmal Rizan Wan Ramzi, itu ditemui terbaring tidak jauh dari gerai tempatnya bekerja berlumuran darah oleh orang ramai jam 3.40 pagi.

Berdasarkan kesan titisan darah di tempat kejadian, mangsa dipercayai sempat berjalan selepas ditikam di leher oleh penyerangnya, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu Deputi Superintendan Mohd Said Ibrahim. Katanya lagi berdasarkan siasatan awal di tempat mayat ditemui, besar kemungkinan mangsa ditikam di gerai tempat dia bekerja atau tidak jauh dari situ.

“Ketika ditemui orang ramai, mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah dengan sebilah pisau pemotong sayur masih tertusuk di lehernya.

“Dengan bantuan anjing pengesan, polis menjejaki tempat yang dipercayai mangsa ditikam penyerangnya berdasarkan kesan titisan darah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

“Tiada sebarang kesan pergelutan di tempat mangsa ditemui dan siasatan di khemah gerai jualan tempat dia bekerja juga tidak mempunyai kesan pergelutan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, polis menahan rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebagai info, mangsa baru saja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal dari Betong.

KREDIT TO:http://ulatberlari.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan