Isnin, 9 Disember 2013

Shabery Cheek

Screenshot status beliau di FB, Baca lanjut dibawah
Alhamdulillah. 5 hari di kemaman. Saat kritikal nampaknya sudah berakhir. Masa kpd kerja2 pasca banjir. Membersih dan mengukur kerugian yg ditanggung. Tkasih kpd yg sudi menghulur. Tenaga atau pun harta.

Lebih 18 ribu berpindah dlm tempoh 30 jam. Paling kritikal apabila kira2 10 tempat berpindah diisytihar tidak selamat dan terpaksa berpindah lagi. Keselamatan lebih utama dari keselesaan. 

Maaf di atas kekurangan. Tiada siapa menjangka. Paras air berganda dari yg pernah diingati sesiapa. Seberang tayur seratus peratus tenggelam. Mak chili, mak lagam, bkt mentok lumpuh sama sekali. Elektrik, air dan sistem telekomunikasi turut terhenti.


Semuanya luar biasa. Bacaan sukat hujan di Jabur pd 2 Disember ialah 777 mm. Ini fenomena 100 tahun. Biasanya di musim tengkujuh kira2 350mm sebulan. Kali ini 777mm sehari. Mereka yg tidak berada di sini, tidak merasakannya. Ini adalah fenomena luar biasa. 

18 ribu hanyalah rekod mereka yg berpindah. Mangsa sebenar lebih dari itu. Tak terkira korban harta benda. Ya, ada banyak yg kelemahan dan banyak perlu diperbaiki. Ini adalah ingatan utk semua. 

Namun peranan yg ditunjukkan oleh semua pihak, kakitangan kjaan, polis, bomba penyelamat, JPAM, rela, dan lebih2 lagi tentera yg datang dari jauh dan dekat amat dihargai. Mereka bekerja bukan kerna kerja tetapi menghayati tgjawab yg diberikan. Salute saya utk tentera kita. Kau kebanggaan negara.

Tak ketinggalan para sukarelawan. Baik NGO, parti politik, atau persendirian. Tak kira mereka Umno, Pas atau lainnya. Anda semua wira yg tak didendang. Kita bersatu atas kemanusiaan. Kita bersatu atas hablomminannas. Hubungan insan - ibadat yg dituntut! 

Ajal maut di tangan Tuhan. Namun kecuali seorang, yg lain semuanya selamat. Ini juga luar biasa. Terima kasih semua. Allah maha penyayang. Syukur yg tak terhingga. Semoga Allah lebih menyatukan kita. 

Mungkin ini adalah ingatan utk ummat. Di Aceh dan sri lanka, perbalahan mereka hingga berbunuhan - di uji tsunami. Di filipina, perbalahan mereka hingga berbunuhan -diuji haiyan. 

Ujian kita belum sampai ke tahap itu. Allah masih menyayangi kita! 

I love kemaman! 
I love you All!


Oleh : Datuk Shabery Cheek, 
Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia



 

Jawapan beliau isu khemah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan