Isnin, 9 Disember 2013

Gambar Rusuhan Di Little India Singapura


Suatu rusuhan berlaku di persimpangan jalan Race Course dan Hempshire Road di daerah Litle India Singapura pada Ahad malam.

Menurut polis, satu kemalangan maut berlaku pada pukul 9.23 malam melibatkan sebuah bas dan seseorang di persimpangan kedua-dua jalan itu.

Tidak lama selepas itu rusuhan tercetus melibatkan sekumpulan kira-kira 400 orang yang merosakkan lima kenderaan polis dan sebuah ambulans.|

Beberapa buah kenderaan persendirian turut dirosakkan sementara 10 orang pegawai polis cedera.

Polis menggerakkan anggotanya daripada Pasukan Operasi Khas dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.

Orang ramai di kawasan itu dinasihatkan supaya tidak keluar rumah sementara polis meneruskan operasi mengawal keadaan.

Orang ramai di luar kawasan itu juga dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan.

Mereka juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Teo Chee Hean berkata:

"Ini kejadian serius yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap harta awam.

"Keadaan kini terkawal. Polis sedang berusaha mengesan dan memberkas mereka yang terlibat dalam rusuhan itu," katanya. - Bernama


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan